Wanita dari Eureka, Montana memutuskan untuk menjual rahimnya menerusi platform beli-belah Etsy bagi menanggung kos pembedahan.
Memetik laporan Metro, Patricia Prakash, 24, menjual organnya itu pada harga ASD1,000 (RM4,146.50) sebagai persedian sekiranya perlu menjalani pembedahan membuang rahim kerana menghidap fibroid.
Kredit foto: SWNS
Bagaimanapun, Etsy telah menrunkan iklan berkenaan dari platform terbabit tidak lama kemudian menyebabkan Patricia melancarkan petisyen supaya kerajaan Amerika Syarikat (AS) membenarkan penjualan organ yang perlu dibuang akibat masalah perubatan.
Dakwa wanita itu, hampir semua wanita berusia lewat 20-an atau awal 30-an dalam keluarga sebelah ibunya terpaksa membuang rahim mereka kerana mengalami masalah sama.
Kredit foto: real-fix.com
"Masa saya hampir tiba dan saya bimbang rahim saya juga perlu dibuang. Jadi, saya fikir lebih baik saya menjualnya saja.
"Sekiranya keadaan memaksa saya untuk membuangnya, kenapa tidak saya menjualnya (rahim) saja? Sekurang-kurangnya wang itu boleh saya buat bayar bil hospital," katanya.
Kredit foto: change.org
Wanita itu bagaimanapun enggan menjual organnya secara haram dan akan mengiklankannya di platform jual beli online lain seperti eBay dan Letgo. - CARI |