Realiti perkahwinan kadangkala tidak seindah drama di televisyen. Adakalanya, kita berkahwin dengan pasangan yang pentingkan diri sendiri.
Perkongsian seorang doktor, Khairi Malik mengenai kisah seorang isteri dalam dilema kerana diugut bercerai sekiranya membuat pembedahan akibat kanser ini sangat menyayat hati.
Kredit foto: FB Khairi Malik
Namun, akhirnya pasangan itu bercerai juga kerana si suami merungut isteri tidak cantik lagi seperti dulu.
Kredit foto: FB Khairi Malik
Kasihannya si isteri. Zalimnya si suami. Justeru, Khairi Malik mengingatkan agar para wanita mengutamakan kesihatan sendiri terlebih dahulu jika ia boleh memudaratkan kesihatan, apatah lagi membahayakan nyawa.
Para suami seharusnya lebih bertimbang rasa akan keadaan kesihatan isteri masing-masing. Para isteri pula, janganlah taat sehingga memudaratkan diri.
Perkahwinan seharusnya bukan bersandarkan nafsu semata-mata. Cantik disayang, tatkala buruk dibuang. - CARI
|