CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4876|Reply: 11

Kerap Alami Mimpi Basah Tapi Tidak Tahu Kenapa? Ini Punca & Maksud Kejadian

[Copy link]
Post time 19-10-2020 01:15 PM | Show all posts |Read mode



Bangun sahaja daripada tidur, anda dapati seluar yang dipakai basah dan melekit dengan cecair air mani. Adakah anda mengalami mimpi basah?
Sekiranya anda sedang atau sudah melalui fasa akil baligh, maka anda mungkin mengalami fenomena ini!
Persoalannya, apa punca dan maksud ia berlaku kepada anda ketika sedang lena beradu pada waktu malam?
Jom sama-sama kita ikuti artikel untuk tahu tentang fenomena mimpi basah ini dengan lebih mendalam lagi.
Apa itu mimpi basah?

Sebelum itu, adalah wajar untuk kita berkenalan dengan definisi sebenar berkenaan istilah ini terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan anda, mimpi basah adalah satu mimpi berkenaan perlakuan seks yang mungkin akan menyebabkan kalian memancutkan air mani ketika tidur.
Juga dikenali sebagai nocturnal emission, anda mungkin sedar sudah mengalami mimpi berkenaan seks ketika sedang tidur, namun sukar untuk mengingatnya.
Persoalannya, adakah semua orang mengalami mimpi basah?



Adakah semua orang mengalami mimpi basah?

Jawapannya adalah ya kerana ia merupakan salah satu daripada petanda bahawa anda sedang atau sudah melalui fasa akil baligh.
Mungkin ramai yang akan mengaitkannya dengan kaum lelaki sahaja kerana mereka adalah golongan yang sering mengadu mengalaminya.
Namun ketahuilah bahawa kaum wanita juga tidak terkecuali daripadanya kerana mereka juga boleh mengalami mimpi basah ketika sedang tidur.
Baik lelaki atau wanita, kedua-duanya mungkin akan mengalami mimpi basah. Namun, adakah situasi ini normal?
Normalkah jika kerap mengalaminya?

Sebenarnya, mimpi basah adalah salah satu daripada fasa normal tumbesaran individu dan tiada apa yang boleh anda lakukan untuk mengelakkannya.
Sekiranya kalian terlalu kerap mengalaminya, ia tidak bermakna bahawa anda mempunyai sebarang masalah berkenaan fizikal atau mental.
Ada individu yang akan mengalaminya beberapa kali dalam seminggu sementara ada juga yang mengalaminya beberapa kali seumur hidup.
Jadi ia adalah normal dan tiada apa yang anda perlu risaukan tentangnya.
Normalkah jika tidak mengalaminya?

Ya, ia juga adalah normal kerana bukan setiap individu akan mengalami mimpi basah ini!
Sekiranya ia tidak pernah atau jarang sekali berlaku kepada anda, itu tidak bermakna fizikal dan mental anda mempunyai sebarang masalah.





Apa punca & maksud mimpi ini?

Mungkin akan ada individu di sekeliling mengusik anda yang mengadu mengalaminya sebagai seorang yang miang kerana sehingga membawa ke mimpi akan perkara sebegitu.
Sebenarnya ia tidaklah bermaksud sedemikian rupa kerana mimpi basah adalah berkaitan dengan apa yang sedang atau sudah berlaku dalam tubuh badan anda.
Bagi seorang lelaki

Apabila seorang lelaki sedang atau sudah melalui fasa akil baligh, tubuh badan anda akan mula menghasilkan hormon testosteron.
Hormon ini kemudiannya akan membantu dalam proses penghasilan dan pengeluaran sperma bagi tujuan pembiakan pada masa akan datang.
Sekiranya anda belum berkahwin atau tidak aktif melakukan aktiviti seksual seperti melancap misalnya, maka sperma dalam air mani itu akan tersimpan.
Antara cara semula jadi untuk tubuh badan mengeluarkan ia adalah melalui mimpi basah!
Bagi seorang wanita

Bagi mereka yang bernama wanita pula, penjelasannya pula adalah lebih kurang sama sahaja bagi lelaki iaitu kerana kurang kerap melakukan aktiviti seksual.
Namun ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan hormon testosteron (hanya terdapat pada lelaki) sebaliknya hormon estrogen yang memainkan peranan.
Sekiranya anda sudah berkahwin atau sangat aktif melakukan aktiviti seksual seperti melancap misalnya, maka anda mungkin akan kurang mengalami mimpi basah.
Bagaimana untuk mengelak mimpi ini daripada berlaku?

Meskipun ada yang beranggapan bahawa ia adalah satu nikmat yang diberi secara percuma dan tidak mendatangkan sebarang kesan negatif, namun kadangkala ia juga wajar untuk dielakkan.
Sebagai contoh, kita sedang berpuasa dan sudah pasti tidak mahu jika air mani terkeluar ketika sedang tidur kerana itu akan membatalkannya.
Disebabkan itu, wujud pelbagai kaedah yang diilhamkan oleh individu untuk mengelakkan mimpi sebegini berlaku ketika sedang tidur.
Antara kaedah tersebut adalah:

  • Membezakan antara realiti dan imaginasi
  • Jangan berfikir tentang perihal seks sebelum masuk tidur
  • Muhasabah diri sebelum masuk tidur dengan meditasi
Mungkin bagi sesetengah orang ia akan berkesan namun menurut pelbagai kajian, ia adalah tidak efektif!
Walaupun sesetengah orang mempunyai idea tentang bagaimana untuk mengelakkan mimpi sebegini daripada berlaku, tapi tidak ada strategi yang terbukti untuk perkara tersebut.
Menukar cadar dan membersihkan diri selepas itu mungkin memalukan atau menjengkelkan, tetapi perlu diingati bahawa mimpi basah adalah satu perkara yang agak normal.
Jika anda berasa tidak selesa tentang mimpi basah, sila bincang dengan orang dewasa yang anda percayai – ibu bapa, kawan karib, kaunselor atau pakar kesihatan anda.
Bercakap mengenai mimpi yang dialami adalah cara terbaik untuk membolehkan anda berasa lebih selesa dengan fenomena ini!







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2020 03:32 PM | Show all posts
Kalau anda mimpi tengah pergi tandas nak kencing. Yakin lah ianya disudahi dengan mimpi basah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
husna_amal replied at 19-10-2020 03:32 PM
Kalau anda mimpi tengah pergi tandas nak kencing. Yakin lah ianya disudahi dengan mimpi basah.


Terima kasih di atas tips yg berguna ini.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 05:15 AM | Show all posts
mimpi basah tidak  membatalkan puasa.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2020 11:52 PM | Show all posts
ha ha.. ia berlaku bila sampai masanya untuk some sperm dikeluarkan
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 25-12-2020 11:52 PM
ha ha.. ia berlaku bila sampai masanya untuk some sperm dikeluarkan

Betul,sy dh 32.. masih selalu mimpi basah.. kdg2 malam dh bersama isteri pn,tido masih mimpi basah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2020 05:26 PM | Show all posts
mimpi basah akan kerap kali berlaku sekiranya kerantung buah zakar sudah penuh dgn air mani dan perlukan dilampiaskan segera...

air mani tidak boleh di simpan dlm badan kerana menjadi mudarat...cara auto nya adalah melalui mimpi basah...secara manual adalah masturbasi dan berjimak...

kerap berjimak adalah amat baik utk kesihatan lelaki dan wanita...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 10:33 PM | Show all posts
Kenjiyan replied at 29-12-2020 10:19 AM
Betul,sy dh 32.. masih selalu mimpi basah.. kdg2 malam dh bersama isteri pn,tido masih mimpi basah ...

cheh 32 konon.. tentu kenji dah 47!
ya wet dream boleh dtg bila2 sahaja, termasuk lah bila sangat penat during the day
jika kawin, maybe wet dream itu semasa ada geselan pada badan isteri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2020 10:35 PM | Show all posts
ifanonline replied at 29-12-2020 05:26 PM
mimpi basah akan kerap kali berlaku sekiranya kerantung buah zakar sudah penuh dgn air mani dan perl ...

ya, betul ifan kerana some contents perlu di expel.
and yes, sexual relation elok utk kesihatan mind pasangan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2020 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 29-12-2020 10:33 PM
cheh 32 konon.. tentu kenji dah 47!
ya wet dream boleh dtg bila2 sahaja, termasuk lah bila  ...

Hehehehe,kalau dh 47 masih mimpi basah alhamdulillah.. masih ampuhh org kata.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 08:38 AM | Show all posts
Kenjiyan replied at 30-12-2020 08:23 AM
Hehehehe,kalau dh 47 masih mimpi basah alhamdulillah.. masih ampuhh org kata.. hehe

ha ha ye, ampuh kata org.
overall, kekadang ianya jadi secara random saja
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 31-12-2020 08:38 AM
ha ha ye, ampuh kata org.
overall, kekadang ianya jadi secara random saja

Sy syukur,masih diberi ketegangan setiap pagi.. hihihi,lambang kejantanan sejatii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.102666 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list