CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11571|Reply: 23

Soalan Lazim pasal TMNET dan Streamyx

[Copy link]
biskut7 This user has been deleted
Post time 10-8-2004 07:06 PM | Show all posts |Read mode
soalan simple tapi tolong beri jawapan....
1.kalau guna strymix berapa caj untuk sejam?
2.laju sangat ke guna strymix banding dengan cuna line 1515 ni?
3.kenapa kalau guna internet kita kena caj kat telefon bil & internet bil sekali. kalau telefon bil untuk line, internet bil untuk apa?
4.kalau guna satu main computer untuk control komputer2 lain macam kat internet cafe tu access internet akan jadi lebih lambat ke? macam mana tokey internet cafe boleh untung kalau cuma caj RM1 sejam?
5.boleh bagi spec termurah untuk komputer untuk kegunaan internet saja.  
thank you/terima kasih/vanekem.

[ Last edited by Sarah_Radzi on 12-8-2004 at 05:28 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2004 11:16 PM | Show all posts
1. RM44 60 jam, tiap2 jam berikut kene caj ikut rate yg aku tatau. RM66 unlimited, biar on sebulan 24/7.
2. Dial up 5KB/s, Streamyx 40KB/s.
3. Bila kau pakai internet, kan kene dail dulu. 1515 tu kira no. tepon lah. Pastu bile online takleh pakai telepon, so kira dial up tu macam kau call org lah. Internet bill tu utk service je lah. Streamyx pon kene macam dial, ataupon bkn dial, lebih kpd initialize. Takde bunyi macam call tepon, masa online masih buleh pakai tepon. Streamyx tadek bil telefon.
4. Lagi lambat ke?
5. RM800 buleh kot.
Reply

Use magic Report

biskut7 This user has been deleted
 Author| Post time 11-8-2004 12:06 AM | Show all posts
1.Oo maknanya maksimum caj RM66 sebulan la gitu.selain dari kos beli hardware & pemasangan ada lagi tak caj2 lain.cth. caj line talipon ke...

2.boleh guna streamyx untuk internet cafe tak?

3.aku minat nak tau pasal sistem yang internet cafe guna sebab aku ada cita2 nak kearah tu satu hari nanti. biasanya internet cafe guna satu line saje ke yang di linkkan ke komputer2 lain? cajnya pun tmnet kira untuk satu line je ke? bila satu line guna untuk banyak komputer tak jadi lembab ke line tu?

4.aku rasa RM800 tu untuk komputer yang guna line TmNet @ Jaring kalau nak guna streamyx?

kalau ada sesiapa yang ada pendapat@nasihat macam mana cara terbaik untuk buat internet cafe aku ucapkan ribuan terima kasih.

p/s:sorry sebab aku rasa aku dah post thread ni kat salah tempat patutnya aku masuk network & internet.anyway thank yau.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2004 01:01 AM | Show all posts
1. Hardware kene beli modem. Installation free kot, tapi kalau tau bknnye susah sgt. Aku tak pasti mungkin ada xtra prosedur utk set up selain config modem je.
2. Hampir sume cc skarang aku rasa guna Streamyx.
3. Kau kene pakai router ngan switch utk sambung banyak PC. Satu line je, so kalau line Streamyx 384Kbps pakai utk 30 PC, caj satu bulan sama lah RM66. Yg line lembab tuh, kalau sume PC dlm cc tu download bende serentak mmg lembablah.
4. Aku ada PC Pentium 166 sambung kat Streamyx laar. Bende ni takde kene mengena ngan harga atau performance PC tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2004 01:43 AM | Show all posts
1. Flat rate, kecuali yang pakej 60jam sebulan tu.

2. Laju gila kalau TMNet tak buat hal.

3. Telephone bil adalah fee panggil no. 1515, kalau Internet acess itu macam kira access fee la.

4. Tengok jenis connection la, kalau dial-up memang jadi slow nak mampus. Lainlah kalau ada broadband.Tokeh yang charge RM1 tu mungkin sudah ada business plan nya yang sendiri. Bayangkan kalau dia cuma guna pakej Streamyx 512 yang RM99 sebulan tu untuk CC yang ada 20 komputer yang full 18 jam. RM1 x 20 x 18 x 30 hari sebulan = RM10800 (teori business tak guna aku ini).

5. Komputer untuk kegunaan CC internet sahaj (no games), running Windows XP Home original untuk selamat.
CPU: AMD Duron 1800 - RM195.
RAM: Corsair DDR400 256MB - RM160
MB: Aexpert K7VM533 V+S+L - RM175
HDD: 40GB Maxtor 7200RPM - RM175
Casing: ATX 350W - RM80
Keyboard + Mouse + Speaker cikai: RM80
Monitor: 15" Digital Lifeview - RM230
Optical: Samsung CD-ROM 52x - RM55
Windows XP Home: RM320.00

Jumlah besar: RM1470.
Lagi murah kalau guna Linux.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2004 11:38 AM | Show all posts

assellus

a'kum

Aku tak paham maksud kau Guna win xp home edition (untuk selamat)  soalan: selamat fulus ke? atau selamat dari kena update fussy application kalau guna win xp sp1 rui?:stp:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2004 02:12 PM | Show all posts
Originally posted by dashday at 11-8-2004 11:38 AM:
a'kum

Aku tak paham maksud kau Guna win xp home edition (untuk selamat)  soalan: selamat fulus ke? atau selamat dari kena update fussy application kalau guna win xp sp1 rui?:stp:


Gila ke apa nak guna pirated software untuk cyber cafe. Kalau u ada cybercafe yang pakai pirated OS, bole letak alamat kat sini. Nanti bole claim bounty dari BSA.:cak::cak::cak::cak:
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2004 04:30 PM | Show all posts

OOOO

A'kum,
petikan ayat ko:
5. Komputer untuk kegunaan CC internet sahaj (no games), running Windows XP Home original untuk selamat

Maksud  kau selametdar BSA  klu guna ori . yang aku tanye nih bkn pasal ori tapi version win xp home edition atatu Professional service Pack 1  
dari segi duit dapat save ker. klu tak jelastak taulah:mll:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2004 10:17 PM | Show all posts
Professional mahal lagi, dekat RM500.00 cam tu.
Reply

Use magic Report

biskut7 This user has been deleted
 Author| Post time 11-8-2004 10:41 PM | Show all posts
1.router & switch to mahal tak?

2.untuk set up semua sistem & network tu kita boleh suruh tmNet buat tak?kena bayar kos sikit pun takpe la.

3.cd window tu boleh beli satu yang ori guna untuk semua pckan?

4.untuk beginner macam aku korang rasa berapa pc aku perlu ada sebagai permulaan? contohnya kalau sewa kedai antara RM300-RM500. dari survey aku ada orang yang mula dengan 5 pc hingga 10pc.

5.apa pengetahuan asas pasal komputer aku perlu ada kalau nak buat bisnes ni? aku ni dah 8 tahun guna pc tapi aku memang tak pandai bab2 internet & network ni. kalau bab2 hardware CPU tu aku up to date la gak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2004 11:28 PM | Show all posts
1. Netgear 24 port 10/100MB switch harganya RM450. 16 port pula RM320.00. Kalau ada >10 komputer patut u pakai router or switch, bukan hub.

2. Rasanya buat sendiri lagi bagus. TMNet akan tolong install broadband tu je. Kalau nak install komputer2 tu dalam network dan tak tahu caranya, rasanya bole minta kontraktor Streamyx (atau mana-mana kedai komputer ke)tu buat, tapi diorang buat secara private le tanpa affliation with TMNet.

3. Kalau u beli volume licensing, dia bagi satu CD dengan 1 serial number yang boleh u pakai untuk semua komputer (no activation needed). Volume licensing untuk 20 komputer lebih murah daripada u beli 20 copy single license untuk setiap komputer. Aku suggest beli volume licensing WinXP Professional untuk bilangan komputer yang u nak, daripada beli WinXP Home license utk setiap PC. Rasanya tak payah pun pakai domain controller atau Active Directory kalau setakat CC je. Lagi pun senang sikit buat auditing, mana tau BSA bawa polis merempuh pintu CC tu.

4. Soalan bab perniagaan ni susah sikit nak jawab. Kalau u saja CC in town, bagus buat 10 PC sebab semua orang akan pergi tempat u tu. Kalau tak, susah sikit la. Sebenarnya jawapan soalan ni bagus tanya dengan student econ yang familiar dengan tempat u nak buka CC tu.

5. MESTI ADA. Contohnya cara troubleshooting Windows dan program2 lain macam mIRC (u tak buat games kan). Lepas tu cara2 nak securekan each computer (kalau u terer, tak payah worry pun pasal virus2 semua ni walaupun guna komputer Windows). Dulu masa aku study kat uni, aku kerja part-time kat CC la untuk boss yang tak tahu sangat komputer ni. Almost no viruses, cuma cases of hardware failures.Jadi kalau u tak tahu sangat, either belajar atau hire orang yang pandai untuk urus benda2 macam ni. I sendiri pun belajar saje, baca articles di Internet, mags etc.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2004 12:19 AM | Show all posts
Aku ada dealer list utk router ngan switch.
Reply

Use magic Report

man_utd This user has been deleted
Post time 14-8-2004 06:25 PM | Show all posts
bapa bayaran untuk instaLL streamyx tu utk 1st time...Kalo pasang streamyx memula kene bayar kn..?? then bln2 bru pakei prpd ek...
Reply

Use magic Report

biskut7 This user has been deleted
 Author| Post time 14-8-2004 06:36 PM | Show all posts
1.kenapa kalau pakai >10 komputer kena pakai router tak boleh guna hub? sebelum tu aku nak tanya dulu apa yang dimaksudkan router, hub,excess point & switch. aku ada pergi kat web thundermatch.com tengok harga2 benda ni tapi aku tak paham la spesifikasi dia. 10-port, 24-port, MB, apa benda semua tu? kalau 24 port tu maksud boleh sambung kat 24 komputer aku tengok dua2 hub & router ada yang jenis 24-port. so apa maksud kau asellus >10 komputer kena guna rauter?

2.apa maksud volume licensing tu? sebab aku tengok harga window xp server sampai RM1800 aku boleh beli 2 biji komputer!

3.aku pun ada cadang nak belajar cara2 buat computer maintainance ni. kat tempat aku ada cosmopoint nanti aku cuba tanya kalau ada course2 jangka pendek pasal computer & network maintainance ni.

4.eokboy kau ada kata dulu speed komputer takde kena mengena dengan sama ada lembab atau tak excess internet tu so maknanya takde bezanya la sama ada aku guna celeron 566 dengan celeron 1.7 bila excess internet betul tak? sebab aku tengok harga celeron 566 baru RM50 je. tapi boleh ke install winXp pro kat CPU guna celeron 566.takut problem pulak nanti. aku tak pernah tengok lagi CPU lama2 ni guna winXp. CPU celeron 633 aku dulu guna win95. PC office celeron 566 guna winMe sama dengan PC aku dulu P3 866(sekarang dah jadi arwah). cuma PC yang aku guna sekarang P4 2.8E guna window XP Home.

5.aku tengok celeron 566 ni pun guna socket 478 maknanya sama dengan P4 betul tak? kalau nak upgrade aku dah tak payah tukar mobo & lain2 wardware CPU betul tak?

6.apa model vga paling murah yang boleh support game 3D macam half-life, doom. aku tak pernah main game2 ni tapi aku baca kat magazine game2 ni semua perlu guna vga yang agak terkini. GeForce6 dengan Ati radion X800X jangan cerita la. cuma yang sesuai untuk buat bisnes dan compatible untuk banyak game.

7.eokboy tolong la bagi dealer list untuk komputer hardware ni boleh gak kurangkan kos.

itu je soalan yang aku boleh fikir setakat ni. thank you for all your help.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2004 06:55 PM | Show all posts
Originally posted by biskut7 at 2004-8-11 12:06 AM:
1.Oo maknanya maksimum caj RM66 sebulan la gitu.selain dari kos beli hardware & pemasangan ada lagi tak caj2 lain.cth. caj line talipon ke...


tak la .. RM66 tu minimum caj ..

maksimum caj aku tak sure .. :stp:
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2004 11:37 PM | Show all posts

A'kum

Originally posted by biskut7 at 14-8-2004 06:36 PM:
1.kenapa kalau pakai >10 komputer kena pakai router tak boleh guna hub? sebelum tu aku nak tanya dulu apa yang dimaksudkan router, hub,excess point & switch. aku ada pergi kat web thundermat ...




Pening si eokboy nak jawab, anyway  bagus jugak, leh aku tau sikit-sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Reign This user has been deleted
Post time 15-8-2004 12:58 AM | Show all posts
aku dengar citer broadband ni senang kena serang virus betul ke?.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2004 01:01 AM | Show all posts
Intel celeron socket 370 la.Tak leh upgrade ke pentium 4.Habis kuat upgrade pentium 3 1.3 gigahezt itu pun kalau ada lagi proceecor tuu
Cari jek motherboard nvdia tapi jangan ambik sis graphic card build in.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2004 01:07 AM | Show all posts
Originally posted by Reign at 2004-8-15 12:58 AM:
aku dengar citer broadband ni senang kena serang virus betul ke?.


err .. maybe exposure tu lbh drpd dial up .. tp rasanya tak lar senang sgt .. :stp:
Reply

Use magic Report

biskut7 This user has been deleted
 Author| Post time 15-8-2004 01:19 AM | Show all posts
mobo nvidia guna amd kan? semua celeron guna socket 370 ke? sebab aku tengok kat thundermatch semua processor celeron dia letak bawah kategori socket 478.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.063308 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list