Foto: IG
Mustaqim Bahadon mengaku yang dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang pramugari yang dikenali sebagai Lysa.
Pelakon ini juga mempunyai perancangan untuk berkahwin.
"Saya kini sibuk menguruskan perniagaan bagi memastikan kewangan saya kukuh di masa depan. Perancangan untuk berkahwin memang ada. Tambahan pula, usia saya sudah mencecah 35 tahun dan sudah tiba masanya untuk mendirikan rumah tangga.
"Namun, sebelum mengambil keputusan besar saya perlu pastikan hubungan kami berjalan dengan baik dan mengenali dengan lebih rapat," katanya kepada Harian Metro.
Mustaqim dan Lysa
Katanya dia dah lama kenal dengan Lysa yang pernah menjadi model sambilan itu.
"erkenalan kami bermula ketika kami menjadi pelakon tambahan untuk sebuah drama. Ketika itu Lysa aktif sebagai model sambilan. Namun, pada 2018 saya mula beranikan diri dan ingin mengenalinya dengan lebih rapat.
"Doakan semoga hubungan kami berjalan dengan baik dan diharapkan impian kami untuk berkahwin dipermudahkan." -CARI
|