View: 991|Reply: 5
|
[SABAH] Seorang maut, dua melecur, dua rumah musnah terbakar
[Copy link]
|
|
PENAMPANG: Seorang lelaki warga emas ditemui maut terbakar dalam kebakaran yang melibatkan dua kediaman di Lorong Patuma 7, Rumah Murah Kepayan, di sini, pada Isnin.
Berdasarkan kenyataan media Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa dikenali sebagai Liew Han Chong, 65.
Mayat mangsa ditemui berada di dalam bilik air tingkat dua rumahnya, manakala jiran Liew, anak beranak, ibu, 32, dan anak lelakinya yang berumur tiga tahun pula melecur.
Kedua-dua anak beranak itu menerima rawatan awal daripada Pasukan EMRS dan rawatan susulan daripada tim perubatan, manakala mayat Liew diserahkan kepada polis.
PGO JBPM Sabah menerima panggilan kecemasan MERS999 pada jam 12.24 tengah malam sebelum menggerakkan pasukan bomba dan penyelamat ke lokasi kejadian.
Usaha memadam api dan mengawal kebakaran di lokasi kejadian digerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu yang turut dibantu BBP Lintas.
Kedua-dua rumah musnah sepenuhnya, namun bomba berjaya mengawal api daripada terus merebak pada jam 1.28 pagi sebelum menamatkan operasi pada jam 2.56 pagi.
Operasi terbabit diketuai Pegawai Bomba Kanan II Idy Nirwan Ilyas dengan kekuatan 31 anggota penyelamat dan melibatkan tiga FRT, dua water tanker serta tiga kenderaan RIM.
Turut hadir, Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Sabah Penguasa Kanan Bomba I Johari Dzulkiflie, tiga pegawai penyiasat dan dua pegawai kanan Bahagian Operasi JBPM Sabah.
Buat masa ini, siasatan masih diteruskan Bahagian Penyiasatan Kebakaran Ibu Pejabat JBPM Sabah untuk mengenalpasti punca sebenar kejadian dan anggaran jumlah kerugian.
|
|
|
|
|
|
|
|
Credit Utusan Borneo
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai bermula selepas seorang lelaki bertindak membakar tilam di biliknya sebelum merebak ke rumah sebelah.
“Sebelum kejadian, suspek dikatakan bertengkar dengan ibu saudaranya lalu bertindak membakar tilam di biliknya.
“Api kemudian merebak dan suspek bersama tiga ahli keluarga sempat menyelamatkan diri manakala seorang lelaki ditemui rentung bersebelahan rumah suspek terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Habibi berkata, bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis kemudian menahan suspek kira-kira jam 4 pagi tadi untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat,” katanya.
Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.24 tengah malam.
“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu dan Lintas bergegas ke tempat kejadian kebakaran untuk memadam kebakaran.
“Bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 1.28 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.56 pagi” katanya.- BH Online
|
|
|
|
|
|
|
|
orang lain buat hal... orang lain pula jadi mangsa ...
nak marah ... nak bakar membakar pun... pergi tempat takde orang
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|