CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1269|Reply: 7

COVID-19, 11 Oktober 2020

[Copy link]
Post time 11-10-2020 08:23 PM | Show all posts |Read mode
Dimaklumkan terdapat 561 kes baharu dilaporkan hari ini, justeru menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 15,657 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 4,587 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 561 kes baharu yang dilaporkan, lapan (8) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara iaitu dari:
• Indonesia: tiga (3) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1 warganegara, 2 bukan warganegara);
• China: dua (2) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2 warganegara);
• Singapura: satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1 warganegara);
• Kemboja: satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1 warganegara); dan
• Arab Saudi: satu (1) kes dilaporkan di Selangor (1 bukan warganegara).

Daripada 553 kes penularan di dalam negara, 494 kes adalah warganegara Malaysia dan 59 kes adalah bukan warganegara. Daripada 553 kes penularan di dalam negara, 11 kes pula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekaligus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 353 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

• Sabah: 488 kes
o 22 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Surat;
o 15 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kasih;
o 13 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Khazanah; dan
o 438 kes daripada lain-lain saringan COVID-19 yang akan diperincikan kemudian.


• Selangor: 25 kes
o 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
o Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
o Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sungei Way;
o Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
o Dua (2) kes daripada saringan individu bergejala: dan
o Dua (2) kes daripada saringan pra pembedahan.

• Kedah: 16 kes
o 15 kes daripada saringan Kluster Tembok; dan
o Satu (1) saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

• Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Lapan (8) kes
o Empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sungei Way;
o Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
o Satu (1) kes daripada saringan kendiri COVID-19; dan
o Satu (1) kes daripada saringan bergejala COVID-19.

• Wilayah Persekutuan Labuan: Lima (5) kes
o Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
o Satu kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Bundle; dan
o Satu (1) kes saringan masuk hospital di Hospital Labuan.

• Johor: Tiga (3) kes
o Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).

• Melaka: Tiga (3) kes
o Tiga (3) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

• Terengganu: Tiga (3) kes
o Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
o Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

• Perak: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

• Pulau Pinang: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Terdapat 90 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di ICU, di mana 29 kes memerlukan bantuan pernafasan.


Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 157 kes (1.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2020 08:25 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2020 08:26 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2020 08:27 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2020 08:29 PM | Show all posts
Status terkini COVID-19 setakat 11 Oktober 2020

Jumlah discaj baru: 133
Jumlah kumulatif discaj: 10913 (69.7%)

Jumlah kes baru; 561
Jumlah kumulatif: 15657
Jumlah kes aktif: 4587

Kes tempatan:553 (494 WN, 59 BWN)
Kes import: 8 (5WN, 3BWN)

Jumlah kematian: 2
Jumlah kumulatif kematian: 157 (1.0%)

Jumlah kes di ICU: 90
Pesakit intubated: 29
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2020 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
90 org di ICU..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-10-2020 09:00 PM | Show all posts
29 kira dalam keadaan kritikal... memerlukan bantuan pernafasan ...

semoga mereka semua ni sembuh ... aamiin


Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2020 09:10 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 11-10-2020 01:00 PM
29 kira dalam keadaan kritikal... memerlukan bantuan pernafasan ...

semoga mereka semua ni sembu ...

آمِيّنْ..آمِيّنْ..آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.082968 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list