CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 875|Reply: 1

KKM tambah lagi hospital dan katil bagi merawat kes Covid di Sabah

[Copy link]
Post time 11-10-2020 08:20 AM | Show all posts |Read mode
KKM telah menambah satu lagi hospital bagi merawat pesakit COVID-19 di negeri Sabah, menjadikan keseluruhan 7 buah hospital untuk merawat kes-kes COVID-19 yang memerlukan penjagaan rapi (kategori 3 - 5).

Jumlah katil bagi kesemua 7 buah hospital di negeri Sabah ini adalah 946 katil.

KKM juga telah mengenal pasti 6 lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), menjadikan ianya sebagai 16 pusat bagi merawat kes COVID-19 yang tidak mempunyai gejala atau gejala ringan (kategori 1 dan 2). Jumlah katil bagi 16 PKRC bagi seluruh negeri Sabah adalah 3,876 katil.

Oleh itu, jika sebelum ini kapasiti katil bagi merawat pesakit COVID-19 di Sabah adalah 2,596 katil, kini ianya melonjak kepada 4,822 buah katil.

Seperti yang diumumkan juga, sebagai langkah kesiapsiagaan hospital di Pantai Timur Sabah, KKM dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang merancang mewujudkan hospital medan di Tawau. Pesakit-pesakit bukan COVID-19 dari Hospital Tawau akan dirawat di hospital medan ini khususnya untuk perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi, Pediatrik dan Pembedahan Am. Ini akan memberi lebih banyak ruang kepada Hospital Tawau untuk merawat kes-kes COVID-19 kategori 3 – 5, manakala kes-kes kategori 1 dan 2 akan terus ditempatkan PKRC. Perancangan awal adalah bagi menempatkan 100 katil di hospital medan ini.

Credit

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2020 08:23 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.305737 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list