
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Bagaimana liciknya seseorang akhirnya tertangkap jua.
Baru-baru ini kita digemparkan dengan penangkapan suspek Macau Scam yang berpusat di negara kita.
Kes penipuan seumpamanya turut berlaku di negara lain. Kira-kira sebulan lepas, seorang instafamous turut ditangkap di Dubai. Namanya adalah Ramon Olorunwa Abbas atau lebih dikenali dengan nama Ray Hushpuppi, seorang rakyat Nigeria.
Instagram miliknya iaitu Hushpuppi mempunyai 2.5 juta pengikut. Melalui saluran media sosial ini, beliau sering berkongsi kehidupannya yang serba mewah.
Dari koleksi kenderaan mewah miliknya, ke tempat-tempat mewah di serata dunia dengan menaiki jet peribadi, dan membeli beberapa jam tangan berjenama mewah.
Selain itu, beliau sering membeli belah pakaian berjenama berharga ribuan dollar dan sering menjadi orang pertama membelinya terutama jenama keluaran terhad sehinggakan beliau menggelar dirinya sebagai Billionaire Gucci Master.
Jaga-jaga, anda sedang diperhatikan!
Tindakan beliau berkongsi segala kemewahan yang dimilikinya di Instagram, telah menarik minat pihak FBI untuk mengenali siapa dirinya. Tambahan pula beliau sering memberitahu segala kemewahan miliknya ini adalah dari hasil perniagaannya tetapi tidak pernah menceritakan pada umum jenis perniagaan beliau.
Penyiasatan selama 4 bulan oleh FBI akhirnya telah membuahkan hasil. Rupa-rupanya Hushpuppi adalah seorang scammer dalam talian.
Dia mempunyai rangkaian pasukan yang terdiri seramai 12 orang dengan modus operandinya adalah menghantar emel palsu ke beberapa buah pasukan bola sepak dan bintang-bintang bola sepak yang tertumpu di Liga Perdana Inggeris di UK.
Kredit foto: BBC
Setelah itu, mereka berjaya menggodam data peribadi perbankan pasukan dan pemain tersebut dan seterusnya membuat transaksi secara dalam talian memindahkan wang tersebut ke dalam akaun palsu mereka di beberapa buah negara di serata dunia berjuta dolar setiap hari.
FBI dengan kerjasama pihak berkuasa Dubai telah berjaya menangkap Abbas dan pasukannya. Link video khas tersebut:
Kini Abbas atau Hushpuppi serta rakan subahatnya telah dihadapkan di mahkamah DOJ di New York, Amerika Syarikat. Sebagai seorang scammer dalam talian antarabangsa, Abbas juga pernah tinggal di Malaysia untuk beberapa ketika.
Begitulah pengakhiran seorang Insta Famous dengan kehidupan yang serba mewah tetapi palsu. -CARI
|