CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10248|Reply: 83

[Dunia] Pramugari Malindo Air seludup dadah bernilai jutaan dolar ke Australia dipenjara

  [Copy link]
Post time 9-10-2020 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Seorang pramugari dari syarikat penerbangan Malindo Air yang menggunakan seluar dalam untuk menyeludup dadah heroin bernilai jutaan dolar masuk ke Australia bagi sindiket dadah antarabangsa akan 'tinggal' di penjara bagi tempoh yang lama.

Zailee Zainal, 40, menangis ketika mendengar keputusan mahkamah pada Khamis (8/10/2020) yang menjatuhkan hukuman penjara 9 tahun 6 bulan di atas perbuatannya itu yang berjaya dikesan oleh Australian Border Force pada 2019.

Ketika membaca keputusan pengadilan, Hakim Michael Cahill berkata, ibu kepada tiga anak itu melakukan jenayah tersebut kerana dia terdesak mahu mencari wang untuk membiayai kos perubatan anak perempuannya.

"Dalam menjatuhkan hukuman, tidak ada belas kasihan kepada pesalah walaupun keputusan yang dibuat adalah atas desakan hidup," katanya.

Ketika dibicarakan, Zailee yang bekerja dengan Malindo Air mengakui dia direkrut oleh sindiket dadah yang mengetahui dia dalam keadaan terdesak untuk membiayai kos perubatan anak perempuannya.

Bagi menambahkan pendapatan, Zailee cuba melakukan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual brownies dan Tupperware. Tetapi usahanya itu tidak begitu memberangsangkan.

Zailee juga pernah meminta syarikat penerbanganya untuk menghebahkan berita kesukarannya itu untuk mendapatkan bantuan.

Selepas berita mengenai kesusahan Zailee itu dihebahkan melalui emel yang dibuat oleh syarikat penerbangan itu, datang seorang individu yang dianggapnya sebagai 'kawan' menawarkan diri untuk membantu.

Dalam keadaan yang amat terdesak, sindiket itu tahu yang Zailee sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk anaknya.

Sebagai permulaan, Zailee mengatakan dia diarahkan untuk menjalani latihan sebagai pembawa ubat, bagaimana berbicara menggunakan kod tertentu seperti 'tiket' yang merujuk kepada ubat yang diseludup dan berjalan dengan bungkusan ubat yang diikat pada kakinya dan sebahagian lain disorok dalam pakaian dalam termasuk seluar dalam.

Antara Oktober 2018 dan Januari 2019, Zailee telah membuat lapan perjalanan dan menyeludup lebih dari 4 kilogram dadah jenis kokain yang bernilai kira-kira 3 juta dolar.

Sebaik saja mendarat di Australia, Zailee akan pergi ke hotel untuk menukar dadah itu kepada wang tunai di dalam tandas.

Zailee akan menerima $6,500 (RM27,000) yang kini menyebabkan dia dipenjara.

Ketika ditahan di Lapangan Terbang Melbourne, pihak berkuasa berjaya merampas lima paket heroin yang ditemui di badannya. Namun Zailee memberitahu pegawai penyiasat yang dia menyangka dia diarahkan membawa ganja.

"Saya dapat rasakan isi kandungannya adalah dadah, tetapi saya cuba yakinkan diri ianya bukan. Kalau saya tahu isi kandungannya adalah heroin, saya takkan buat kerja ini dari awal lagi," katanya.

Keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara hampir sedekad itu memberikan kesan yang amat mendalam kepada keluarga Zailee. Suaminya yang juga seorang pramugara, tidak dapat bekerja semenjak penularan wabak Covid-19.

Mahkamah dimaklumkan, Zailee juga dihubungi oleh anak-anaknya ketika berada di penjara dan dia juga menolong mereka membuat kerja sekolah.

Difahamkan, Zailee yang kini menjalani hukuman di penjara sedang berusaha membuat rayuan agar dapat pulang dan menjalani hukuman di Malaysia.

Sumber: ABC, Sinar Plus

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2020 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki Malaysia dipenjara di Australia


DADAH heroin diseludup ke Australia dengan disembunyikan di dalam baju dan seluar dalam seorang pramugari sebelum dibawa oleg Beng Goh - AUSTRALIAN BORDER FORCE

Oleh Adlinahani Binti Khalil
9 October 2020, 10:44 am

MELBOURNE: Seorang ahli perniagaan warga negara Malaysia dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun di Australia kerana penglibatannya dalam sindiket dadah antarabangsa.

Lapor The Australian, Mahkamah Daerah Victoria menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Beng Goh, 40, dengan menetapkan tempoh tiga tahun tanpa parol.

Hakim, Michael Cahill tertanya-tanya tindakan ahli perniagaan yang berjaya itu sanggup merisikokan kehidupannya untuk ke Australia semata-mata bagi mengedarkan heroin.

Kata Cahill, Beng Goh dibesarkan dalam sebuah keluarga yang miskin tetapi bahagia di sebuah bandar kecil di Malaysia.

Anak kepada penjaja menjual mee itu, bekerja keras untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat universiti.

Beng Goh juga menjalankan perniagaan berasaskan ubat-ubatan yang memenangi anugerah dan mempunyai kira-kira 71 kakitangan bekerja dibawahnya.

Ahli keluarga, kenalan dan rakan perniagaan Beng Goh terkejut dengan berita penahanannya di Melbourne tahun lalu atas kesalahan menyeludup sejumlah besar dadah heroin, yang diakui bersalah atas tuduhan tersebut.

“Keluarga anda sangat bangga ketika anda menamatkan pengajian malah mengagumi pencapaian anda.

“Tetapi apabila berjaya, anda menjadi sombong. Anda menghabiskan banyak masa bersama rakan perniagaan untuk minum berbanding keluarga,” katanya.

Pada 8 Januari lalu, Beng Goh merancang untuk menyerahkan bungkusan dadah heroin yang bernilai lebih AUD$465,000 (RM1.38 juta) kepada seorang pembeli di luar Muzium Imigresen di pusat bandar Melbourne.

Dia sepatutnya membawa balik bersama wang berjumlah AUD$ 155,000 (RM460,098) ke Asia.

Dadah heroin itu diseludup dari Malaysia dengan disembunyikan di dalam baju dan seluar dalam pramugari bernama Zailee Zainal, dibawah arahan ketua sindiket antarabangsa Australia, Michelle Tran yang bekerjasama dengan pembekal dikenali ‘Mr Hanoi’ di Asia.

Zailee ditahan oleh Pasukan Keselamatan Sempadan Australia di Lapangan Terbang Melbourne dua hari sebelum pertemuan yang diatur, sementara Beng Goh ditangkap di luar muzium.

Zailee dan Tran masing- masing mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dijatuhkan ke atas mereka.

Peguam bela Beng Goh memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya hanya ‘kurier’ dalam sindiket itu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2020 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian campur taktau nak kata apa...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2020 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Niat tidak menghalalkan cara.

Simpati tapi semuanya berlaku atas kerelaan sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2020 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk layer jgk yg terlibat sekali hntr dadah tu ye..pramugari tu layer yg paling bawah..atas sikit Beng goh. Lps tu Michelle trans lps tu Mr Hanoi. Mcm MLM pulak
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2020 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila jadi mcm ni, keadaan anaknya camne ek? Dgn asben tak keje..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2020 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Australia memang check betul2. Nasib la tkde hukuman mati.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2020 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Mujur jel.je .Sini gantung taw .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2020 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Harga dadah 3juta upah bawak 6k je
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2020 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau umur dia 40 tahun i belive dia mesti ex crew...maybe ex Mas nama dia macam familiar. Dia sendiri tau benda ni sangat2 pantang sekali, sigh.....patut bila dia ask for helps company tolong la applykan Kwsp utk pengeluaran medical ker (kalau boleh) dan berubat anak dia di Hosp kerajaan. Tapi Bila jadi terdesak akan jadi macam ni la, memang position sebagai crew menarik syndicate nak jadikan keldai bukan bawak dadah jer...kes steward Mas pun bawak cash money laundering juga. Its all up to her actually.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2020 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Penjara oz org kata best.. mewah duduk dalam tu... ada org malaysia kena tahan sana, tak kisah pun dok situ.. ni diplomat oz cerita kat aku sbb diorg akan buat lawatan kat penjara melawat banduan rakyat  msia.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2020 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
X paham, rm27k tu dia dpt utk total dia buat penghantaran selama ni ke? Ke utk setiap kali hantar dadah dpt 27k tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2020 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap kerajaan Malaysia dan Oz kerjasama untuk trace sindiket dadah disini dan juga d Oz.

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2020 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
demi anaknya utk merosakkan kehidupan anak2 org lain dgn kokain
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2020 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 10-10-2020 06:57 AM
demi anaknya utk merosakkan kehidupan anak2 org lain dgn kokain

Kannnn. Rosakkan hidup anak org lain utk selamatkan anak dia. I x kesian
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2020 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_premierleag at 10-10-2020 07:40 AM

uols @jargon kenal ke dgn FA ni?
rasa kesian pun ada gak aku baca kisah dia ni
lagi sorang ada krew MAS lelaki pun dlm tahanan kat ostolia sbb seludup dadah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2020 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 10-10-2020 06:57 AM
demi anaknya utk merosakkan kehidupan anak2 org lain dgn kokain

Da anak org lain tu jenis yg suka makan najis, x kan nak salahkah kanbing dan lembu yg keluarkan najis?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2020 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Habislah bau ikan masin dadah tu nanti... Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2020 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Murahnya dpt 6k je..kesian
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2020 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kertu gitu pramugari malindo? Boss ka ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.086461 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list