View: 1468|Reply: 4
|
Pesara Guru Sakit Buah Pinggang Terjerat Cinta Siber ‘Mek Salleh’
[Copy link]
|
|
Pesara guru lelaki menjadi mangsa jenayah sindiket Love Scam hingga kerugian RM10,400.
Sinar Harian melaporkan, lelaki berusia 60 tahun itu bermain cinta dengan wanita mengaku dirinya 'mek salleh' dari England yang dikenalinya menerusi Facebook pertengahan bulan lalu.
Gambar hiasan
"Dua bulan lalu, anak mangsa memuat naik status di laman sosial untuk mendapatkan sumbangan orang ramai bagi membeli sebuah mesin mencuci buah pinggang dan membiayai kos rawatan penyakit dihidapi mangsa yang mencecah RM100,000," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) negeri, Superintendan Ahmad Azizul Mohamed.
Tidak lama kemudian, mangsa berkenalan dengan suspek yang mendakwa bekerja dengan sebuah syarikat minyak antarabangsa terkenal dan menetap di Amerika Syarikat (AS).
Justeru, wanita itu kononnya mentatakan kesudian menghulurkan sumbangan kepada mangsa yang berstatus suami orang itu.
“Pada 21 September lalu, mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai bank tempatan di ibu negara menyatakan ingin membuat pengesahan berkaitan transaksi pindahan wang oleh kenalan wanita berkenaan dari sebuah bank luar negara ke akaun bank mangsa,” tambahnya.
Mangsa kemudian membuat bayaran kos pertukaran mata wang daripada dollar AS ke Ringgit Malaysia berjumlah RM10,400 ke akaun bank tempatan milik individu pihak ketiga yang didakwa sebagai ejen kepada bank luar negara di Malaysia.
"Mangsa hanya tersedar ditipu setelah suspek masih lagi meminta bayaran.
“Mangsa mengesyaki wang RM100,000 bantuan kewangan tersebut juga tidak wujud dan bertindak membuat laporan polis kelmarin,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan boleh dipenjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bukan mainnnnnnnnn..nak apam pink dah 60an punnnnn. |
|
|
|
|
|
|
|
tkde plak dlm berita tu ckp main cinta. minah saleh tu kontek dia sbb kononnye nk bg bantuan utk ank yg sakit buah pinggang |
|
|
|
|
|
|
|
Mudahnya ditipu. Makin menjadi2 scamer ni. |
|
|
|
|
|
|
|
desperate nya lahai orang tua ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|