"embuli menggelar saya sebagai budak gemuk ketika di sekolah, tetapi sekarang saya Miss Britain."
Pernah dibaling dengan makanan, beg sekolahnya dicuri dan dimalukan setiap hari adalah perbuatan biasa yang dilakukan oleh pembuli kepada Jen Atkin ketika di sekolah.
Pernah mencapai berat 114 kilogram, dia turut mendapat gelaran 'Jen Gemuk' di padang permainan. Walaupun dia cuba mempertahankan dirinya, namun pembuli terus mengusiknya hingga dia sentiasa pulang ke rumah dengan air mata.
Kredit foto: Daily Star
Namun, di usianya 26 tahun, Jen bergelar Miss Britain pada Mac baru-baru ini. Jen turut berkongsi rahsianya menurunkan berat badan sebanyak 51kg.
"Jujurnya, makanan adalah penenang saya. Ibarat hanya makanan sahaja yang saya miliki.
Menurut Jen, tabiat buruk tersebut semakin menjadi-jadi apabila dia bertemu teman lelakinya pada usia 18 tahun.
"Kami sukakan kehidupan malam di bar dan restoran. Dua tahun saya terperangkap dalam kehidupan yang penuh kepalsuan."
Walaupun ada yang menggelarnya sebagai 'lembu gemuk', Jen sedaya upaya membetulkan mindanya bahawa itu sekadar gurauan semata-mata.
Foto aily Star
Bagaimanapun, setelah dikecewakan, Jen mula berfikiran waras bahawa tabiat makannya yang buruk adalah 'zon selesa' berbahaya. Setelah bertemu doktor pada tahun 2015, Jen nekad untuk mengubah gaya hidupnya.
Dia mula membeli makanan sihat, menghentikan pengambilan gula, bersenam setiap hari dan dalam masa tiga tahun, Jen membuktikan kesungguhannya.
Foto : Daily Star
Setelah memenangi Miss Yorkshire pada tahun 2018, dia layak menyertai Miss England sebelum dikalungkan mahkota Miss Great Britain pada Mac 2020.
Sebagai individu yang pernah obes, Jen menekankan kepenting untuk menyedarkan mereka yang obes ini untuk menjaga kesihatan. - CARI |