CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1406|Reply: 4

[Dunia] Punca kematian besar besaran di US

[Copy link]
Post time 1-10-2020 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 1-10-2020 12:16 PM

Salah satu punca kematian besar-besaran di US: Komplikasi apabila dikuarantin dan dimasukkan ke hospital
----------------------
Di US seorang jururawat Erin Olszewski yang bertugas selama sebulan di Hospital Elmhurst di tengah bandar New York yang merupakan pusat wabak telah membongkar pelbagai isu penipuan di sana.

Beliau menyifatkan apa yang sedang berlaku adalah lebih teruk dari perang di Iraq yang pernah beliau sertai sebelum ini, kerana pandemic ini dicipta dengan penuh penipuan, kecuaian, pihak berkuasa yang memanipulasi, dan penjagaan (care) yang teruk, sedangkan pesakit menaruh harapan dan kepercayaan kepada pihak yang dianggap pakar.

Kes yang diuji dua kali negatif namun dalam sistem dicatat sebagai positif.

Pesakit yang masuk dengan masalah sukar bernafas dan dalam kegusaran (anxiety) ditakut-takutkan dengan mengatakan jika tidak dirawat dengan ventilator, akan merisikokan diri mereka, jadi mereka bersetuju untuk terus dirawat dengan ventilator .

Penggunaan ventilator (alat bantuan pernafasan) pada tekanan tinggi sebagai protokal rawatan boleh mengakibatkan kematian lebih ramai juga telah dibincangkan sebelum ini. Dr. Kyle-Sidell seorang doktor di New York pula mengaitkan kematian lebih banyak daripada yang sepatutnya mungkin kerana kaedah rawatan yang salah dan tidak sesuai yang diberikan untuk merawat penyakit baru ini, dan ia menyebabkan banyak kemusnahan berbanding kebaikan.  

Protokol rawatan seolah pesakit Covid ada pneumonia sedangkan mereka tidak ada masalah respiratori; tetapi lebih kepada masalah kekurangan oksigen. Pesakit sepatutnya diberikan bantuan oksigen lebih dan bukan ventilator (bantuan pernafasan) pada tekanan tinggi, semata-mata untuk membantu paru-paru mereka yang sebenarnya tidak bermasalah pun.

Ventilator memaksa tekanan kepada paru-paru pesakit, dan ini berlawanan dengan mekanisme pernafasan semulajadi. Kata beliau, seluruh dunia mungkin hadapai perkara yang sama iaitu pesakit alami kerosakan paru-paru akibat penggunaan ventilator itu sendiri. Ventilator tetap perlu ada, tetapi mesti digunakan dengan cara yang lebih selamat .

Namun tidak ramai petugas kesihatan yang berani ke depan menceritakan hal dalaman yang berlaku di tempat mereka kerana selain takut dikenakan tindakan, ada juga yang telah diberi amaran dan diugut. Mereka yang berani lantang menceritakan hal sebenar sebenarnya telah merisikokan kerjaya dan juga nyawa mereka.

Pembongkaran oleh jururawat-jururawat di Hospital Elmhurst, New York dan hospital lain dimana terdapat kes dimana pesakit strok yang tidak positif Covid dicampur dalam wad mereka yang positif, dan menyebabkan akhirnya yang negatif menjadi positif Covid juga dan diberikan ventilator.
Menurut mereka, kematian Covid banyak juga adalah hasil ‘pembunuhan’ oleh tangan-tangan pihak tertentu melalui protokol dan etika rawatan yang salah. Beberapa kes diceritakan sebagai contoh.

Lebih mengharukan, petugas kesihatan di sana diberikan pelepasan dari sebarang tanggungjawab (liability-free) dari sebarang kejadian atau kesan yang berlaku ke atas pesakit.

Bayangkan situasi dimana tiada seorang waris pun dibenarkan masuk ke hospital menemani pesakit, bukankah sekiranya terdapat sebarang salahlaku atau kecuaian ke atas pesakit, tiada siapa yang akan tahu dan membela mereka.

Sebab itu walaupun sebahagian hospital mendapat ‘bad review’ di page mereka, tetap tiada siapa boleh menuntut hak kerana awal-awal lagi mereka telah dianugerahkan pelepasan dari sebarang tanggungjawab/liability.


Sumber:
12 Jun 2020. The Highwire with Del Bigtree. Covid nurseexposes NY hospital. https://youtu.be/kIngGuof9E0

Link post:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10222236799007246&id=1183287947

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2020 11:24 AM | Show all posts
hmm.. so dah bocor nie apa next action? bawak ke international court ke tak? dah sah2 criminal against humanity kan.

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti ada jarum2 halus perburukan negara idaman para urban berkerak
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 12:58 PM | Show all posts
boleh jadi la propaganda amerika..to control population yg dah kian bertambah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak suka duk amerika ko boleh pindah la

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.137724 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list