Benarlah cinta itu buta. Seorang lelaki dari Gambia, Alka, 32, mendapat liputan media apabila mengahwini pelancong British berusia 68 tahun.
Perkahwinan itu dilangsungkan ketika perintah berkurung beberapa bulan lalu.
Kredit foto: Daily Star
Difahamkan, wanita dikenali sebagai Francoise itu menyerahkan sebanyak 54,000 pound atau RM289,000 kepada Alka sebagai hadiah kerana mengahwininya.
Menurut Daily Star, Alka menggunakan duit itu bagi mendirikan rumah berlaman, siap dengan kolam renang. Malah, lelaki itu turut mendedahkan yang dia menerima elaun sebanyak RM1,463 setiap bulan.
Kredit foto: Daily Star
Alka menjelaskan bahawa dia menemui cinta bersama wanita separuh umurnya itu.
"Saya lakukan segala-galanya untuk dia termasuklah hubungan intim. Kami bahagia."
Ianya dijelaskan kepada kru dokumentari 'S*ks di pantai' yang memfokuskan wanita British berusia terbang ke Gambia semata-mata untuk mencari cinta dan hubungan intim dengan lelaki muda di sana.
Kredit foto: Daily Star
Bagaimanapun, Alka menafikan yang dia mengahwini wanita itu kerana wang. Ini kerana sebelum itu, dia sudah banyak kali dikecewakan oleh pelancong yang hanya mahukan s*ks semata-mata.
"Elaun bulanan adalah sebagai tanda Francoise menghargai saya. Dia pun kerap memberitahu saya yang dia seperti 'bayi untuk kehidupan keduanya' sekarang."
Kredit foto: Daily Star
Dalam video perkahwinan tersebut, kedua-dua Alka dan Francoise kelihatan sangat bahagia.
Benarlah cinta tidak mengenal beza rupa, budaya dan usia. -
CARI