Mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap guru taska kerana meracun 25 kanak-kanak dan menyebabkan kematian salah seorang daripadanya.
Mirror melaporkan, Wang Yung didakwa mencampur sodium nitrat ke dalam bubur untuk kelas rakan sekerjanya selepas bertengkar dengan guru berkenaan.
Gambar hiasan
Dalam kejadian pada 27 Mac tahun lalu di Jiaozuo itu, polis menerima aduan mengenai kanak-kanak di sebuah taska mengalami muntah-muntah.
Akibat kejadian, seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas 10 bulan menderita di hospital, sementara 23 kanak-kanak lain dilaporkan cedera ringan, lapor media tempatan.
Mangsa yang tidak didedahkan identitinya dilaporkan meninggal dunia pada Januari lalu.
Ketika dibicarakan, tertuduh mengakui sedar tindakannya boleh membawa maut, namun nekad bertindak tanpa menghiraukan akibatnya.
Salah seorang mangsa
Kredit foto: Mirror/BEIJING NEWS
Pihak berkuasa tempatan mendakwa, suspek meracun kanak-kanak di dalam kelas berkenaan demi membalas dendam terhadap rakan sekerjanya.
Difahamkan, ia bukan kali pertama Wang melakukan perbuatan itu. Pada 2017, wanita itu menyapu sodium nitrat ke cawan suaminya selepas mereka bertengkar menyebabkan mangsa mengalami kecederaan ringan. - CARI |