View: 19782|Reply: 89
|
Amy Menjauhi Kumpulan Search Selepas Undur Diri
[Copy link]
|
|
Mac lepas, Amy mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan Search.
Sejak itu dia didakwa menjauhkan diri dari kumpulan legenda tersebut.
Pemain bass Search, Nasir Daud kata dia tidak menerima sebarang berita daripada Amy.
Foto: Google
"Saya ada menghubungi Amy sekali, tetapi tidak berjawab selepas pengumuman pengunduran diri, tetapi anggota Search lain tiada menghubunginya.
"Bukan kami bermusuhan, tetapi Amy memilih untuk menyepikan diri. Mungkin Amy belum bersedia mahu bercakap.
"Kami tidak mahu bermusuh dengan Amy, jadi walaupun tanpanya, kami tetap meneruskan Search kerana ini adalah kerjaya kami. Search perlu terus berjalan ke hadapan memperjuangkan rock Melayu," katanya kepada BH Online.
Foto: Nur Adibah Ahmad Izam
Nasir menambah mereka akan meneruskan legasi Search dan tetap melangkah tanpa henti.
"Setakat ini, apa yang semua nampak, saya, Din dan Kid masih meneruskan perjuangan Search. Kami bertiga adalah tiang, tunggak dan sendi kepada Search.
"Bunyian Search ada pada tiga orang ini. Search bukan hak milik seseorang, ia mewakili satu kumpulan yang semuanya memberi sumbangan kepada kumpulan ini hingga hari ini.
"Jadi, tidak pernah timbul persoalan Search hilang daripada radar. Kami akan meneruskan tanpa noktah dengan bantuan rakan seperti Datuk Awie menerusi Konsert Cinta Buatan Malaysia."
Foto: Nur Adibah Ahmad Izam
Bagaimanapun dia menafikan bahawa Awie pengganti Amy.
"Awie mempunyai banyak komitmen lain yang perlu dijaga, jadi dia hanyalah sebagai pengisi kekosongan dan ruang yang diperlukan.
"Beliau memang baik hati dan mahu membantu Search selagi kami memerlukannya.
"Saya rasa kami saling memerlukan dan membantu. Lagipun, tak ramai mempunyai bakat seperti Awie sebab bentuk lagu Search berbeza, tak ramai yang mampu menyampaikannya dengan baik." -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Skeletal nya kid |
|
|
|
|
|
|
|
wak_pijah replied at 24-9-2020 01:35 PM
Skeletal nya kid
Benda ala iteww la apa lagi |
|
|
|
|
|
|
|
stingerstorm replied at 24-9-2020 01:37 PM
Benda ala iteww la apa lagi
Mmg makan dalam betul benda camni, takutnya |
|
|
|
|
|
|
|
wak_pijah replied at 24-9-2020 01:42 PM
Mmg makan dalam betul benda camni, takutnya
[youtube]2ShW4uVkGDs[/youtube]
mana boleh celen abg long sorang ini kheeunz?
Siap konsert jalan terusssssssssss
Siapa kata 'barang' tak power ranger?
kahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by belacan_gurl at 24-9-2020 01:53 PM
stingerstorm replied at 24-9-2020 01:46 PM
mana boleh celen abg long sorang ini kheeunz?
Siap konsert jalan terusssssssssss
Tapi dalam byk2 otai...kiranya yang ni sorg nampak mcm bergaya sikit...Tak kurus kering mcm jerangkung walau dikatakan ambil barang gak kan? Ke dia dah bersih? Mksd aku lepas tgk dia dlm Maharaja lawak ritu..mcm berisi dan sihat je |
|
|
|
|
|
|
|
stingerstorm replied at 24-9-2020 01:46 PM
mana boleh celen abg long sorang ini kheeunz?
Siap konsert jalan terusssssssssss
JA ok lagi kot tak nampak sebarang ketengkorakan, suara pun maintain |
|
|
|
|
|
|
|
belacan_gurl replied at 24-9-2020 01:52 PM
Tapi dalam byk2 otai...kiranya yang ni sorg nampak mcm bergaya sikit...Tak kurus kering mcm jera ...
Harap dia dah bersih atau berkurang la. Dia pun nampak kemas, bersih, hensem dah sekarang sejak kawin ada anak kecik ni. Nampak teratur sangat dah hidup |
|
|
|
|
|
|
|
sbg peminat search & lahir di zaman kegemilangan mereka
timbul perasaan rengsa dgn apa yg ditunjukkan Amy
kalau dh nk gerak solo, buang je la nama SEARCH tu, letak la AMY PHEWIT
pastu selesai la masalah dalaman elok2
ini tidakkkk lg nk membandingkan konsert itu ini (rujuk ig dia semalam)
eehhhh rengsa laaaaaaaaaaaaaa
tabik kt Awie yg sanggup tlg kawan demi meneruskan hidup & mencari rezeki
kepada peminat Amy, sorry naaa.. aku pun minat dia jgk cuma rengsa sejak kes Search ni |
|
|
|
|
|
|
|
Rockstar Hollywood kalau dah veteran macam ni, ramai dah keep clean & short hair. Harap search hadir dengan imej baru sesuai usia semua |
|
|
|
|
|
|
|
wak_pijah replied at 24-9-2020 01:35 PM
Skeletal nya kid
Dari muda sampai ke tua dok makan dadah je mana mau nyerrr makan nasik
Nak gemuk celah mana |
|
|
|
|
|
|
|
Amy nmpk bahagia dgn life dia.business ok.wife dia byk jd tulang belakang.enjoy gaya hidup sihat.g hiking..berxuti dgn ank2 dn suka tgk dia sama2 menuju ke arah akhirat dgn ank isteri.tp tulah..apa isu grup ni xtahulah.amy dh aman2 kaya.grp members masih jga nk teruskan kelangsungan hidup dn mereka naik dgn nama Search.bgs Awie nk bantu kwn.tp Amy berpatah arang terus.apakah isu disebaliknya wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
MisXoXo replied at 24-9-2020 02:29 PM
Amy nmpk bahagia dgn life dia.business ok.wife dia byk jd tulang belakang.enjoy gaya hidup sihat.g h ...
Gaya mcm berpatah arang sungguh. Apalah agaknya isu sebenarnya kan. Kalau sampai taknak jawab call bagai. Tapi fokus kat family lagi bagus. Hidup bahagia. |
|
|
|
|
|
|
|
Dlm pic tu amy sorang ja npk kulit muka tegang,lambat ageing. yg lain semua dah kendur2 |
|
|
|
|
|
|
|
apa kes search ? maaf la patik bru keluar gua
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju ! skrg dh thun 2020.. rocker x semesti kena rmbut pnjang..
|
|
|
|
|
|
|
|
ntahapahapantahtidak ketahuan.. tau2 keluar berita amy tinggalkan search
ahli search kata mereka lama tak berhubung
amy pun menyepi
ada la tu kemelut dimuara kasih
tapi benda boleh bincang kan
amy pn dh lebih kearah agama lebih jd apa salahnya serapkan ilmu agama tu utk hal2 dgn sahabat lama ni
gituuuuuuuuuuuuuu
|
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah dah lanjut usia ni senang merajuk kemudian bawa diri tak nak kawan lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
x sebulu eh ... bile lah nak siap gaduh... |
|
|
|
|
|
|
| |
|