View: 2793|Reply: 17
|
Kerap Kentut Dan Berdengkur Ketika Tidur, Pelajar Nyaris Maut Ditikam Rakan Sebi
[Copy link]
|
|
Seorang pelajar lelaki nyaris kehilangan nyawa selepas dia ditikam dengan pisau oleh rakan sebiliknya hanya kerana mengadu mengenai beberapa kelakuan tidur suspek yang menjengkelkan semua penghuni bilik asrama tersebut, lapor World of Buzz.
Dalam kejadian tengah malam di bilik asrama di sebuah kolej di Beijing, China, mangsa dan beberapa rakan sebilik yang lain sedang lena tidur.
Bagaimanapun, salah seorang penghuni bilik berkenaan, Xiao Tian, terjaga dari tidurnya kira-kira jam 4 pagi kerana terdengar bunyi bising dalam bilik. Xiao yakin suara didengarnya itu adalah suara mangsa, Wong, yang meminta pertolongan sebelum terdengar suara seorang lagi rakan sebiliknya, Lau berkata:
"Aku akan tikam kau sampai mati!"
Terkejut dengan apa yang didengarnya itu, Xiao segera membuka lampu bilik dan ternampak Wong sedang bergelut dengan Lau yang mahu menikamnya dengan pisau.
Melihat keadaan bilik sudah terang, Lau tergamam dan sempat melihat rakan-rakan sebiliknya untuk seketika sebelum keluar dan membawa pisau berlumuran darah mangsa di tangannya itu ke bilik air. Tidak beberapa lama kemudian, Lau datang semula ke bilik dan langsung tiada tanda-tanda mahu melarikan diri atua mencederakan sesiapa.
Lau duduk di atas katilnya dan berkata pada Xiao, "Bukan mudah nak membunuh orang," katanya.
Sebaik dilaporkan tentang kejadian itu, polis segera datang dan menahan suspek yang langsung tidak melawan, malah wajahnya langsung tidak menunjukkan sebarang rasa takut dan menyesal ketika itu.
Sementara itu, mangsa cedera di kepala, dada dan mulut akibat serangan tersebut. Selain itu, mata mangsa juga lebam dan cedera. Menurut doktor yang merawatnya, mangsa nyaris menjadi buta akibat dari kecederaan tersebut.
"Dia tidak mahu melihat saya hidup dan dia mahu mati bersama saya," kata Wong yang mendedahkan Lau sebelum ini juga pernah mencederakan pelajar lain dengan botol arak dan dihalau keluar dari asrama berikutan kejadian itu.
"Dia memang menimbulkan gangguan pada waktu malam. Bunyinya mengetap gigi, kentut dan berdengkur. Saya harap dia dipenjarakan selama beberapa tahun," katanya.
Sehari sebelum kejadian, Wong berbincang dan meminta Lau berpindah ke bilik lain kerana mereka semua tidak tahan dengan tabiat buruk Lau ketika tidur. Selepas mendengar kata-kata itu, Lau hanya membalas, "Kau tunggu dan lihat." dan keesokan harinya mangsa diserang dengan senjata tajam.
Menurut guru kelasnya, Lau bukan pelajar yang bermasalah tetapi hanya mengalami masalah psikologi.
Jadi hati-hati dan carilah tempat tersembunyi ketika kentut kerana ia boleh mengundang padah! - CARI
Sumber - World of Buzz, The Reporter
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Laaaaahhhh...baca tajuk ingatkan yang kuat kentut dan berdengkur tu yang mangsa...rupanya suspek! {:dot |
|
|
|
|
|
|
|
@Nika hati2 sis jangan kentut bersepah
|
|
|
|
|
|
|
|
patutnya suspek tu yg kena tikam sebab buat pencemaran bau n gangguan bising..ni terbalik plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jap.. dia yg kentut, orang lain yg kena? Ke macam mana cerita ni?
Pening pulak baca |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa lah tu kat asrama ada spesis yang suka kentut dan berdengkur ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam-macam hal di China ni |
|
|
|
|
|
|
|
imransulaiman: Laaaaahhhh...baca tajuk ingatkan yang kuat kentut dan berdengkur tu yang mangsa...rupanya suspek! {:dot
Terima kasih kerana beri sinopsis.aku pun faham begitu jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Samalahhhhh.. lagipun ciri2 buruk tu sangat sesuai dengan wajah mangsa hahahaha.
Nyaris aku nk maki tadi. Bila baca betul2 baru paham.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ughhh i could imagine. Memang rasa nak bunuh kahkahkah.
Tapi apesal ko tak pindah je diknon. Tak masal-masal kena tidur penjara. |
|
|
|
|
|
|
|
jenis tidur mengetap gigi ni memang annoying..
bising hoccay.
bising + bau kentut menyengit memang bonus la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu la kelakarnya.
yg cuba membunuh tu yg kentut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Marah sebab kena asing tapi dia lupa dia punca rakan sebilik tak selesa jadi tak ada sebab nak marah |
|
|
|
|
|
|
|
Baca komen baru faham siapa mangsa siapa suspek. Patutnya mangsa cekupkan je bantal masa si suspek krohkreh dengkur kentut kuat2 ikut suka dia |
|
|
|
|
|
|
|
dewi_rina replied at 23-9-2020 10:15 AM
Jap.. dia yg kentut, orang lain yg kena? Ke macam mana cerita ni?
Pening pulak baca
Sbb mangsa suruh dia kuar dari bilik tu.....
Kacau org lain nk tido..... |
|
|
|
|
|
|
|
poppas aku tak baca, main komen lepas baca tajuk. Tajuk TT pun bodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
Patut dia masuk dalam cite larva
Jadi larva kuning tu..
Tak habis habis kentut je.. |
|
|
|
|
|
|
|
dalam tidur pun kentut..omg! jenuh sungguhlah |
|
|
|
|
|
|
| |
|