View: 1722|Reply: 10
|
[Tempatan]
Harimau Malaya dalam bahaya. Akan pupus dalam masa 5 tahun jika populasi menuru
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 20-9-2020 01:49 AM
Harimau Malaya dalam bahaya
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... malaya-dalam-bahaya
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 September 2020 @ 8:00 AM
Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

GAMBAR Harimau Malaya yang ditangkap oleh kamera pengawasan yang dipasang di dalam hutan.
Kuala Lumpur: Bukan mustahil jika spesies Harimau Malaya (Panthera Tigris) bakal pupus lima tahun lagi jika jumlah populasinya menurun di bawah 100 ekor.
Spesies haiwan dilindungi ini bakal tinggal 'sejarah' andai tiada usaha agresif dilakukan bagi memastikan memastikan ia dilindungi sepenuhnya.
Kebimbangan itu disuarakan sendiri Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-77, minggu lalu.
Selain membincangkan hal berkaitan dasar negara dalam mengurus, memaju dan mengawal penggunaan tanah untuk tujuan perlombongan, pertanian serta perhutanan, beliau turut menyentuh isu khazanah hutan yang harus dipelihara.
Muhyiddin menekankan isu kestabilan alam sekitar dan kelangsungan hidupan liar yang perlu dikekalkan supaya tidak terus terancam.
"Menurut dapatan awal Survei Harimau Kebangsaan Pertama menunjukkan kini hanya terdapat antara 130 hingga 140 ekor Harimau Malaya.
"Jika jumlah itu menurun kepada kurang daripada 100 ekor, spesies itu akan diancam kepupusan dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang," katanya.
Justeru, beliau meminta semua kerajaan negeri mengambil langkah proaktif melindungi kawasan yang dikenal pasti sebagai habitat utama Harimau Malaya supaya spesies itu tidak diancam kepupusan.

SURVEI Harimau Kebangsaan Pertama menunjukkan kini hanya terdapat antara 130 hingga 140 ekor Harimau Malaya.
"Dalam usaha memperkayakan khazanah hutan pula, kerajaan akan melaksanakan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di seluruh negara di bawah Rancangan Malaysia ke-12.
"Satu kerangka kewangan inovatif akan dilaksanakan bertujuan menyediakan insentif kewangan kepada semua kerajaan negeri bagi melindungi dan memelihara kawasan berhutan.
"Saya turut membangkitkan kepentingan mempercepatkan proses penyampaian perkhidmatan menerusi pendigitalan dalam pengurusan tanah, hutan dan sumber mineral seiring amalan norma baharu dalam masyarakat seperti mana sistem e-Tanah yang diguna pakai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ketika ini," katanya.
Beliau mengambil maklum mengenai Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2020-2030 yang sedang dibangunkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) bagi memajukan lagi potensi sektor mineral negara.
"Saya yakin pelan ini mampu merancakkan semula industri mineral secara holistik terutama penumpuan terhadap pembangunan sektor mineral pada peringkat pertengahan dan hiliran di negara ini berasaskan prinsip perlombongan mampan," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Geng vietnam selalu buru harimau Malaya ni.. Kan byk kali pemburu2 haram warga vietnam kena tangkap dgn perhilitan. |
|
|
|
|
|
|
|
biar je lah kurang...
susah org nak potong getah |
|
|
|
|
|
|
|
Tanah banyak kena teroka... |
|
|
|
|
|
|
|
cepat cepat la simpan embrio rimau ni banyak banyak. |
|
|
|
|
|
|
|
Xde ke orang nak ternak rimau..katanya kucing takut bau kencing rimau...blh commercialize..hari2 berak dpn pagar aku |
|
|
|
|
|
|
|
Hihi..comelnya mcm tgh bermain 2 ekor tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Seperti biasa pihak kerajaan perlu membuat satu pasukan tindakan khas bagi memastikan harimau ini tidak terpupus pada masa hadapan |
|
|
|
|
|
|
|
Memang fakta pun cina suka organ2 harimau
sebagai makanan eksotik juga perubatan katanya
daripada sebar fitnah, lebih baik buat teguran positif pada bangsa sendiri dalam bahasa yang mudah difahami |
|
|
|
|
|
|
|
lagi 5 thn tinggal saka2 harimau je la nampaknya..
harimau kat zoo pun lesu tak bermaya cam xde semangat nak hidup dah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|