CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1968|Reply: 3

Budak Perempuan Lari Rumah Lepas Hampir Botak 'Didisiplinkan' Bapa

  [Copy link]
Post time 18-9-2020 09:31 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki di Kobe, Jepun ditahan selepas disyaki melakukan penderaan apabila memotong rambut anak perempuannya dengan mesin rambut secara paksa.


Menurut polis di Hyogo, suspek berusia 34 tahun itu memotong rambut mangsa dengan potongan 'buzz cut' antara jam 10.50 malam dan 1 pagi pada 4 hingga 5 Ogos, lapor media tempatan Sankei Shimbun seperti dipetik Japan Today.


Difahamkan, sebelum kejadian suspek juga pernah menendang wajah mangsa hingga mengakibatkan kecederaan serius termasuk retak tulang muka.


Sumber polis berkata, sebelum kejadian mangsa memiliki rambut panjang yang dibiar melepasi pinggang, namun dia kini hampir botak akibat perbuatan bapanya itu.




Gambar hiasan




Kecewa diperlakukan sedemikian, anak suspek melarikan diri dari rumah sebelum isteri lelaki itu melaporkan mengenai kehilangan kanak-kanak terbabit kepada polis.


Anggota yang menemui kanak-kanak berusia 11 tahun itu mengesyaki mangsa didera selepas mendapati kesan lebam pada kedua-dua matanya selain kepalanya yang hampir botak.


Berikutan itu, mangsa diserahkan kepada pusat kebajikan kanak-kanak, manakala suspek dtahan polis untuk membantu siasatan.


Suspek kemudian mengaku mendera kanak-kanak itu untuk mendisiplinkannya kerana mangsa dikatakan tidak mengdengar kata. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2020 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat sana pon ada org mcmni je
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 09:59 AM | Show all posts
Kasar sangat cara didikan anak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2020 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes bapak mental kut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.055340 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list