CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4419|Reply: 16

'Saya diberitahu telefon bimbit Nazrin meletup, terkena kepadanya'

[Copy link]
Post time 11-9-2020 08:49 PM | Show all posts |Read mode
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/09/730359/saya-diberitahu-telefon-bimbit-nazrin-meletup-terkena-kepadanya


SHAH ALAM: Saksi pendakwaan ke-28 kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan menyatakan beliau ada diberitahu kejadian kebakaran di bilik tidur lelaki berkenaan akibat letupan telefon bimbit, yang juga terkena pada mangsa.

Bekas pemandu peribadi Nazrin, Muhammad Nabil Faqih, 28, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, perkara itu dimaklumkan oleh anak tiri majikannya itu ketika mereka bertemu pada hari kejadian.

Muhammad Nabil berkata, pada mulanya, beliau mengetahui Nazrin sudah meninggal dunia apabila dihubungi oleh setiausaha majikannya itu bernama Anisa pada hari kejadian (14 Jun 2018), menyebabkannya segera ke rumah mangsa bersama isteri.

"Pada 14 Jun (2018), saya diberi cuti (oleh Nazrin). Saya menerima panggilan (daripada Anisa) menyatakan Nazrin sudah meninggal dunia. Saya bertanya kenapa dan diberitahu berlaku kebakaran di rumahnya.

"Apabila sampai di rumah (Nazrin), saya ada bertemu dengan anak tirinya. Saya bertanya macam mana boleh terbakar? Dia kata 'handphone' meletup terkena bahagian belakang," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah, mengenai kes kematian Nazrin di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.

Terdahulu, Mohd Asnawi bertanyakan kepada Muhammad Nabil keberadaannya pada 14 Jun 2018 dan bagaimana beliau mengetahui majikannya sudah meninggal dunia.

Mohd Asnawi turut bertanya apakah yang difahami dengan maksud 'bahagian belakang' seperti diberitahu anak tiri Nazrin, Muhammad Nabil bagaimanapun tidak dapat menjelaskan secara terperinci kerana tidak mengingati butirannya.

"Saya tak berapa ingat cuma apabila saya nak balik, anak tiri Nazrin ada beritahu saya 'Uncle Nazrin mungkin ada orang buat atau pukul sebab dekat belakang ada darah, sambil menunjukkan tangan di belakang kepala," katanya.

Pada 12 Mac 2019, Samirah Muzaffar, 45, bekas eksekutif kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang juga isteri Nazrin serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 17 dan 14 tahun, didakwa bersama seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari, membunuh mangsa.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.

Perbicaraan bersambung 25 September. – BERNAMA

Berita Berkaitan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2020 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Calling for @Acikgomen ..thread yg kita tunggu2..dah sambung perbicaraan acik
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2020 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama betul kes ni nk habis...tak lepas pulak pembunuh
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2020 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Reput sila tepek gambar bini dia yang lawa tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 01:03 PM | Show all posts

Cradle Fund - Anak Tiri Maklum Nazrin Mungkin Dipukul


Kredit foto : Sinar Harian



'Uncle Nazrin mungkin ada orang buat atau pukul sebab dekat belakang ada darah, sambil menunjukkan tangan di belakang kepala.'


Saksi pendakwaan ke-28 kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan memaklumkan bahawa dia diberitahu anak tiri mangsa  mengenai kemungkinan itu.


Memetik Bernama, Muhammad Nabil Faqih, 28, yang juga bekas pemandu peribadi Nazrin memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau diberitahu kebakaran di bilik tidur mangsa berpunca akibat letupan telefon bimbit.


Perkara tersebut dimaklumkan oleh anak tiri mangsa ketika mereka bertemu pada hari kejadian.





Kredit foto : mstar





Beliau yang diberi cuti oleh Nazrin pada hari tersebut mengetahui kejadian menimpa mangsa apabila dihubungi setiausaha majikannya bernama Anisa pada 14 Jun 2018 sebelum bergegas ke rumah mangsa bersama isterinya.

"Apabila sampai di rumah (Nazrin), saya ada bertemu dengan anak tirinya. Saya bertanya macam mana boleh terbakar? Dia kata 'handphone' meletup terkena bahagian belakang," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.


Menjawab soalan yang ditanya apakah yang difahami dengan maksud 'bahagian belakang' seperti diberitahu anak tiri Nazrin, Muhammad Nabil bagaimanapun tidak dapat menjelaskan secara terperinci kerana tidak mengingati butirannya.

"Saya tak berapa ingat cuma apabila saya nak balik, anak tiri Nazrin ada beritahu saya 'Uncle Nazrin mungkin ada orang buat atau pukul sebab dekat belakang ada darah, sambil menunjukkan tangan di belakang kepala," katanya.


Mohd Asnawi : Dia (anak tiri Nazrin) kata mungkin ada orang buat. Kenapa dia kata begitu? Encik Nabil tanya ke?


Muhammad Nabil : Saya tak tanya.


Mohd Asnawi : Apa reaksi Encik Nabil apabila diberitahu begitu?


Muhammad Nabil : Sepanjang saya kenal anak tiri Nazrin, dia memang suka cerita macam budak-budak tapi saya tak ambil serius. Mungkin dia nampak dari jauh dan beranggapan begitu.


Mohd Asnawi : Encik Nabil tak cakap apa-apa? Memang Encik Nabil kenal dia banyak bercakap tapi Encik Nabil tak tanya (dengan lebih lanjut)?


Muhammad Nabil : Saya tak tanya dan cuma mendengar.


Pada 12 Mac 2019, Samirah Muzaffar, 45, bekas eksekutif kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 17 dan 14 tahun, didakwa bersama seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari membunuh mangsa.


Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018. - CARI





Kredit foto : Facebook
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa nanti si semerah padi tu msti terlepas sbb bukan dia yg lakukan pembunuhan..dia hanya merancang..bila rancang ni xdak bukti so terlepas la si semerah niiiii walaupun sedonia tau dia pnya angkara
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2020 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa nanti si semerah padi tu msti terlepas sbb bukan dia yg lakukan pembunuhan..dia hanya merancang..bila rancang ni xdak bukti so terlepas la si semerah niiiii walaupun sedonia tau dia pnya angkara
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 01:44 PM | Show all posts
bila la nak ada penutup kes nie..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2020 02:01 PM | Show all posts
mmg takde cara ye nak trace maid dia tu.. mcm senang nau hilang camtu je..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertapa kt gunung mana la agaknya si maid diorg tu? {:question
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 03:41 PM | Show all posts
Lamanya nak setel kes ni. Kalau melibatkan orang bangsawan ni memang kes jadi lambat selesai ke apa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 04:28 PM | Show all posts
payah nau nk trace maid tu level jho low sungguh maid skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah 2 tahun lebih kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2020 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Pembunuhan bermotif apa? Mcm fishy sgt
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
matbad replied at 18-9-2020 01:34 PM
Aku rasa nanti si semerah padi tu msti terlepas sbb bukan dia yg lakukan pembunuhan..dia hanya meran ...

Rancang pun kena juga. Lainlah kalau tak bersalah
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 02:50 AM From the mobile phone | Show all posts
maju_chetah replied at 26-12-2020 02:04 AM
Rancang pun kena juga. Lainlah kalau tak bersalah

Jarang undang2 nk adil klau betul2 takde saksi dan bukti kukuh kata semerah padi ni mastermind
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2020 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Perempuan jahat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.058884 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list