"Orang sibuk terkejar mengejar nak jadi artis, aku sibuk nak ubah balik kehidupan aku tanpa spotlight tu."
Eh, Nonny Nadirah dah tak nak jadi pelakon ke?
Kredit foto: IG
Katanya menerusi satu entri di Instagramnya, Nonny kini mahu menjalani kehidupan seperti orang biasa dan menjadikan pekerjaan tetap artis itu sebagai sambilan saja.
Dalam entri berkenaan, Nonny meluahkan hasratnya mengajak peminat berubah ke arah kebaikan.
Kredit foto: IG
"Cukup-cukuplah aku tarik korang bertiktok dengan aku dulu.
"Kalau sebelum ini aku boleh tarik korang sama-sama buat dosa, takkan sekarang aku tak boleh nak tarik korang untuk buat kebaaikan dan bersama mencari keredaan Allah," tulisnya.
Katanya, dia tidak mahu melihat agama Islam yang sangat indah ini dipermainkan lagi.
Sehubungan itu, Nonny menjemput sesiapa yang berminat untuk menyertai group telegram DiskusiCintaIslam bersamanya bagi membincangkan isu agama dan masalah remaja secara santai. - CARI
|