Hampir 10 tahun usia perkahwinan, baru kali pertama Shuib Sepahtu menghadiahkan jam tangan berjenama kepada Siti Sarah bersempena ulang tahun kelahiran ke 36.
Malah, kata pelawak dan penyampai radio itu, Sarah tidak pernah memakai jam tangan sebelum ini.
Kredit foto: IG
"Hampir 10 tahun usia perkahwinan, saya tak pernah nampak Sarah memakai jam tangan. Dia tak pakai jam atau aksesori di tangan seperti wanita lain.
"Tapi, sejak kebelakangan ini, saya nampak dia sudah mula minat aksesori seperti gelang. Jadi, terdetik di hati saya untuk menghadiahkan jam kepadanya," katanya kepada MediaHiburan.
Kredit foto: MediaHiburan
Shuib juga akui bahawa ia merupakan hadiah termahal pernah diberikannya kepada Sarah sepanjang perkahwinan mereka.
"Saya juga ingin menghargai Sarah sebagai isteri dah ibu yang baik serta memberi ganjaran kepadanya kerana bisnes yang dijalankannya semakin berkambang positif," ujarnya.
Sementara itu, Sarah pula mengakui terkejut dengan pemberian suaminya memandangkan dia tidak biasa memakai barangan mahal.
"ada masa sama, saya memang tak pandai memakai aksesori sejak kecil lagi. Saya sangat berterima kasih dan bersyukur kepada Shuib kerana dia menghargai saya dengan cara ini," katanya.
Kredit foto: IG
Semoga kasih sayang antara Shuib dan Sarah kekal sehingga ke akhir hayat. - CARI |