View: 2971|Reply: 10
|
Bertengkar Dengan Isteri, Lelaki Hempas Anak 3 Tahun Sampai Mati
[Copy link]
|
|
Pertengkaran pasangan suami isteri menyebabkan anak perempuan mereka meninggal dunia selepas budak berusia tiga tahun itu dihempas ke lantai oleh bapanya.
Memetik NDTV, kejadian berlaku sekitar jam 9.30 pagi pada Ahad di rumah mereka di kampung Barola, Noida di Uttar Pradesh.
Dalam kejadian, ibu mangsa, Renu turut cedera dibelasah suspek.
Gambar hiasan
Menurut jurucakap polis Ranvijay Singh, anggota yang tiba di lokasi mendapati kanak-kanak berkenaan sudah meninggal dunia, manakala ibunya cedera sebelum mereka dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.
"Jiran dan penduduk setempat mendedahkan bahawa lelaki berkenaan seorang kaki mabuk dan sering bergaduh dengan isterinya," katanya.
Difahamkan, suspek dikenali sebagai Amit cuba menyembunyikan perkara sebenar dengan memaklumkan keluarga isterinya bahawa kanak-kanak itu meninggal dunia disebabkan perkara lain.
Polis kini giat memburu suspek yang melarikan diri. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali dah mabuk tu hentak kepala sendiri kat dinding. Benci betul aku dgn orang pemabuk ni. Anak pulak jadi mangsa. Dalam Islam minum arak tu haram...40 hari ibadah kita tak di terima. Semoga ke neraka abadi lah siapa yg minum tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak baca habis pun dah boleh tahu dari negara mana berita ni. Orang tengah mabuk bukan boleh buat kira membunuh pun dia sanggup. |
|
|
|
|
|
|
|
India, indon, china, hari2 ada je news pelik2 dr sana
Agaknya sebab ramai sgt ummah kot |
|
|
|
|
|
|
|
orang orang uttar pradesh ni memang berperangai pelik ke. berita pelik2 je semua asal dari sana. ada tak research ke study ke yang buat dekat negara ni kenapa kaum kaum lelaki dia perangai mcm lahanat. bunuh anak, rogol budak rogol perempuan rogol orang tua.eh yang pelik2 je lah semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aku cakap ni, ada yg report aku suka perli..
Tapi peduli apa aku kan.. leluhur & mabuk berpisah teda |
|
|
|
|
|
|
|
Dan isterinya ttp menyembah si laki yg dianggap tuhan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum bernikah pastikan bakal suami anda tu bukan orang yang panas baran. Selidik betul2 kalau tidak sengsara seumur hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
Wartawan Cari ni asyiiik post cerita obersea.... Especially dari India |
|
|
|
|
|
|
| |
|