Tindakan Tan Sri Annuar Musa menggelar Veveonah Mosibin sebagai gadis pokok bukan saja kurang disenangi warganet, malah beberapa ahli politik juga.
Kredit foto: IG Annuar/YouTube
Menteri Wilayah Persekutuan itu, semalam menerusi kicauannya menggesa supaya jerit perih Veveonah yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan signal Internet bagi menduduki peperiksaan dalam talian dijadikan pengajaran kepada semua pihak.
Bagaimanapun, tindakannya menggelar gadis itu sebagai gadis pokok mendapat kecaman ramai.
Namun, Annuar Musa menyifatkan kenyataan Lim Kit Siang dan Hannah Yeoh mengenai Veveonah sebagai percubaan putar belit dan menghasut.
Siapa kaki pusing? - CARI |