CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 68847|Reply: 174

[Tempatan] Hutang 1MDB 41.36 bilion siapa bayar?

[Copy link]
Post time 4-9-2020 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


https://m.malaysiakini.com/news/541268Menteri: Baki komitmen hutang 1MDB RM41.36 bilion

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz memaklumkan baki komitmen hutang 1MDB setakat 15 Julai 2020 adalah sebanyak RM41.36 bilion, dengan komitmen pembayaran faedah tahunan kira-kira RM1.7 bilion sehingga 2022.

Jumlah itu dengan andaian kadar tukaran wang asing ialah RM4.20 bagi AS$1.

"Setakat 15 Julai 2020, baki komitmen hutang 1MDB yang melibatkan tiga bon dan satu sukuk adalah sebanyak RM41.36 bilion.

"Oleh kerana sebahagian besar bon akan matang pada 2022 dan 2023, komitmen tahunan pembayaran faedah hutang 1MDB sehingga 2022 adalah sebanyak kira-kira RM1.7 bilion," katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.

Ia bagi menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Kubang Pasu Amiruddin Hamzah dan Anggota Parlimen Batu Sapi Liew Vui Keong berkenaan perkara itu.

Amiruddin turut bertanya tentang kedudukan pembayaran hutang SRC International, yang dahulunya merupakan subsidiari 1MDB.

Menurut Tengku Zafrul, jumlah pebayaran hutang syarikat itu setakat 30 Julai lalu adalah RM2.896 bilion manakala jumlah pembayaran pinjaman yang dijadual untuk tempoh Ogos 2020 hingga Mac 2020 adalah RM2.823 bilion.

Berhubung jumlah wang berkaitan 1MDB yang telah dipulangkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang ditanya Liew, Tengku Zafrul berkata setakat 15 Julai lalu sebanyak RM2.6 bilion telah diperolehi daripada jabatan itu.

Jumlah itu sebahagian daripada RM2.84 bilion dana berkaitan 1MDB yang dikembalikan kepada kerajaan dan telah dimasukkan ke dalam akaun amanah kendalian Kementerian Kewangan.

"Dana asset recovery account ini digunakan bagi tujuan pembayaran hutang 1MDB. Ini penting bagi mengelak berlakunya default atas hutang 1MDB yang seterusnya memberi implikasi buruk kepada ekonomi negara kerana hutang berkenaan dijamin kerajaan.

"Penggunaan dana asset recovery account untuk membayar hutang 1MDB juga akan dapat mengurangkan tanggungan beban kewangan kerajaan," katanya.

Pada Julai lalu, kerajaan mencapai persetujuan dengan Goldman Sachs Group Inc - yang mengendalikan penerbitan bon 1MDB - untuk mendapatkan semula AS$3.9 bilion bagi penyelesaian tuntutan tertunggak berkaitan urus niaga dengan 1MDB.

Menurut laporan, AS$2.5 bilion akan diperolehi dalam masa dua bulan manakala baki AS$1.4 bilion setelah aset yang berkait dengan penyelewengan melalui urus niaga itu dikembalikan semula kepada kerajaan.

Menurut Tengku Zafrul lagi, sebahagian daripada hasil pemulihan aset 1MDB akan diperolehi semula setelah proses perundangan dan perbincangan mengenai aset berkaitan 1MDB selesai.

"Proses mendapatkan semula aset-aset ini dijangka mengambil masa panjang kerana kebanyakan aset tersebut berada di luar negara seperti Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat.

"Sebarang keputusan termasuk cadangan membawa balik ke Malaysia masih dalam perbincangan dengan beberapa buah kerajaan yang terlibat," katanya lagi,


Sebahagian wang die songlap tapi hutang bagi kat kerajaan. Rakyat juga yg kena. Banyak cantik!

Wa talak mau bayar lor. Geng Bossku la bayar. Dan puak Puas Hati bayar. Kenapa semua rakyat kena tanggung. Mohon PM Muidin berlaku adil
Single Polls, Total 45 Users voted
11.11% (5)
80.00% (36)
4.44% (2)
2.22% (1)
2.22% (1)
Your User group have no permission to vote

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2020 06:08 PM | Show all posts
suruh la mamasab dan agen2 dia yang pakat2 bayarkan...
dia kan dapat buat sales time2 pkp orang tengah susah rm100 juta...

iols vote
6. Mama Sabariah
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2020 06:10 PM | Show all posts
so ds najib bersalah ke x??
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2020 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
1MDB yg berhutang maka 1MDB lah yg bayar
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2020 06:17 PM | Show all posts
matamata replied at 4-9-2020 06:15 PM
1MDB yg berhutang maka 1MDB lah yg bayar

yep betul 1MDB punya hutang, dia hutang 40 billion

bayar installment la.

zaman Nobita jadi menteri kewangan, bila nak bagi bantuan asek cakap hutang 1mdb, bila rakyat mintak bantuan hutang 1MDB.

org beli rumah harga 300k sebulan 1500. tak kan tu tak boleh kira.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2020 06:20 PM | Show all posts
Pemikiran bossku (@ chief penyamun)

- privatise the profits & share the losses


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2020 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
2022 bond dah matang? Tak lama lagi la walau komitment tinggi nk mampus..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2020 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
matamata replied at 4-9-2020 06:15 PM
1MDB yg berhutang maka 1MDB lah yg bayar

Kerajaan jamin, kerajaan luluskan, kerajaan tanggung lah. Sebab dah hutang banyak, kerajaan nak buat ape pon tak boleh lah. Rakyat rugi. Dan kerajaan kena cari duit utk bayar. Korek dari rakyat lah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2020 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
rakyat la tlg bayar.... rakyat sayang najib PM paling berjasa dlm donia.....dan ni la masanya rakyat pulsk balas jasa najib yg x ternilai tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2020 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
sam1528 replied at 4-9-2020 06:20 PM
Pemikiran bossku (@ chief penyamun)

- privatise the profits & share the losses

Pencacai: Good business model
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2020 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 4-9-2020 06:10 PM
so ds najib bersalah ke x??


Kan dah kena convicted. Tapi masih bebas jalan sana sini makan super ring lah
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2020 07:57 PM | Show all posts
taikor replied at 4-9-2020 07:51 PM
Kan dah kena convicted. Tapi masih bebas jalan sana sini makan super ring lah

kdg dh xtahu nak percaya siapa . semua politician kaki putar alam.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2020 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Pencacai jibby la yg bayar, takat sembang je mcm dino tu, uwekkk nak muntah ler aku
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2020 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Suh macai Najib bayar..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2020 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Aset berapa pulak ye?

Orang melayu kalau meniaga tak tengok kat hutang je.. kena tengok aset jugak.. orang melayu lagi pandai ma
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2020 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape yg ada duit tu byr la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2020 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ulang2 kisah hutang 1MDB

diam diam dia rembat tanah, ceroboh cara haram beribu2 hektar tanam musang king

babi punya cina DAPigs
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2020 09:16 PM | Show all posts
Laen macam sosialis Malaysia skrg ni ye.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2020 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
taikor replied at 4-9-2020 07:51 PM
Kan dah kena convicted. Tapi masih bebas jalan sana sini makan super ring lah

Kalau tak salah, kenape pulang balek duit?

Jabatan Keadilan AS dapat US$60 juta daripada Riza Aziz

Yg kaki putar alam puak ameno bosskur lah dan puak puas hati demi mesidis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2020 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
salamon replied at 4-9-2020 08:03 PM
Pencacai jibby la yg bayar, takat sembang je mcm dino tu, uwekkk nak muntah ler aku

Die tu dah sesat. Entah kena buli ngan mca ke aper
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.093143 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list