"Dengan adanya orang rumah dan adanya anak, sekarang ni diri saya berubah 360 darjah."
Dazrin Kamarudin atau Dazrin, 32, mengakui hidupnya berubah ke arah yang lebih positif dan boleh dicontohi selepas mendirikan rumah tangga dengan Nur Fazulin Razali.
Kredit foto: IG
"Dialah yang mengubah imej saya, dialah yang mengubah diri Dazrin Kamarudin untuk jadi seorang individu yang lain sikit, yang mungkin lebih efisien, on time, lebih profesional, kemas imejnya dengan sisi yang berbeza.
"Kalau sesiapa yang mengenali Dazrin yang dulu mungkin nampak sedikit sebanyak perbezaannya dengan Dazrin yang sekarang.
"Itulah penangannya lepas dah membina keluarga. Alhamdulillah kita berubah demi kebaikan," katanya kepada mStar.
Malah, isterinya juga yang membantunya memulakan diet bagi menurunkan berat badan yang naik mendadak mencecah 90 kilogram selepas berkahwin.
"Dia cakap macam mana saya nak tengok diri saya sendiri di TV dengan badan macam ni.
"Dari situ saya terfikir, sebagai seorang pelakon saya perlu jaga badan dan berdisiplin. Jadi saya mula berdiet dengan tidak mengambil gula, nasi dan mula aktif ke gim," ujarnya.
Dazrin mendirikan rumah tangga dengan Nur Fazulin pada 6 Mei 2017 dan dikurniakan anak lelaki, Dasuki, 2. - CARI
|