19 Disember 2020 bakal menyaksikan pelakon dan model Ikmal Amry menamatkan zaman solo dengan personaliti media sosial, Najla Samshul.
Katanya kepada Astro Gempak, majlis pernikahan akan berlangsung di kampung halaman Najla di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Manakala, majlis resepsi sebelah lelaki akan diadakan di Subang pada 27 Disember.
Tambahnya, walaupun agak sibuk dengan kerja, semua persiapan berjalan lancar dengan bantuan Najla.
"Saya lebih mempersiapkan diri daripada segi rohani, bagaimana untuk menjadi suami yang baik sebab bukan satu perkara yang mudah untuk jaga anak orang.
"Saya banyak minta nasihat daripada kawan-kawan yang sudah berkahwin dan bertanya sendiri pengalaman mereka," tambahnya.
Kredit foto: IG Ikmal
Difahamkan, Ikmal dan Najla mengikat tali pertunangan pada 27 Mei 2020 selepas tiga tahun berkenalan. - CARI