Baru-baru ini, seorang pemilik akaun twitter @hahamimizah telah memuat naik satu status ciapan berbaur fitnah yang diakhiri dengan perkataan bab*, menuduh anakanda-anakanda Yang Dipertuan Agong tidak memakai topeng muka ketika berada di Pusat Sains Negara.
"Haritu anak-anak Agong datang Pusat Sains Negara tak pakai mask & not even one staff tegur. One of them je yang pakai, the other siblings datang dengan beg LV. Diorang stroll PSN camtu je tak pakai mask. hahahaha bab*" petik OhMyMedia.
Kredit foto: Twitter
kredit foto : twitter @hahamimizah
Tuduhan tanpa bukti itu rata-ratanya mendapat kecaman daripada warga Twitter lain kerana dianggap biadab dan ada di antara mereka turut membuat tagging kepada Polis Diraja Malaysia Malaysia (PDRM).
Menariknya, ciapan tersebut turut mendapat jawapan balas daripada salah seorang puteri YDP Agong, Tengku Jihan.
Tidak melatah, beliau menafikan tuduhan tersebut dengan menggunakan bahasa yang jauh lebih sopan,
"Minta maaf tapi kita semua pakai mask hari tu," tulisnya.
Kredit foto: Twitter
Dan seperti yang dijangka, akaun twitter @hahamimizah kini telah hilang dari radar.
Bak kata @IkwanSyafiq, "kita ada hak untuk bersuara tapi ada adabnya".
Kredit foto: Instagram Istana Negara
Diharap warga Twitter lebih berhati-hati sebelum memuat naik status bagi mengelakkan akaun masing-masing mendapat status 'akaun tidak wujud'. - CARI |