Seorang wanita meluahkan rasa jijik selepas menjumpai seekor lias dalam hidangan telur dadar yang dipesannya.
Wanita yang dikenali dengan nama Bunga itu berkata, insiden berlaku ketika dia dan keluarga menikmati makan malam di sebuah restoran bedekatan rumahnya di Kuantan, Pahang.
"Saya dari Kuala Lumpur, kebanyakan kedai makan penuh dan kedai ini saja tak ramai pelanggan. Saya pesan nasi bersama telur dadar, sup daging, ayam paprik dan minuman. Sejam kemudian, makanan sampai," ceritanya kepada mStar Online.
Menurutnya lagi dia nampak sesuatu yang berwarna hitam pada bahagian telur yang garing sebelum mendapati ianya adalah lipas.
Selepas membuat aduan, waiter hanya gelakkan dirinya dan gantikan dengan telur, sudu dan garfu baharu. Bila ditanya bagaimana ada lipas, waiter berkenaan hanya jawab tak tahu.
Foto: Twitter
"Saya minta jumpa owner tapi anak owner sahaja yang ada. Saya tanya nak kena bayar juga ke? Anak owner kata diskaun RM10 daripada jumlah asal semua makanan. Saya bayar atas apa yang saya makan sebab makanan yang lain okay, cuma telur ada lipas."
Tambah Bunga, bukan niatnya nak buka aib atau tutup periuk nasi sesiapa tapi dia meluahkan melalui Twitter untuk menekankan soal kebersihan dalam pengendalian makanan.
"Tolong jaga kebersihan, dan juga adab dengan pelanggan," nasihatnya. -CARI
penah beli nasi lemak kt truck area putra heights acik kelate jual. tgh syok layan tetiba ada rasa pahit lain macam and crunchy tetiba.. rupanya ada anak lipas dalam sambal! kuajaqqqq!!!
kemain chinese indian semua datang beli kat dia siap sedih apsal masa mco tak berniaga..yuckss!! sumpah tak beli dah..
Post time 24-8-2020 04:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Wow.. Klu kawan kaka norm, lmbt pon dia xbyr dia blah je.. Ini kan plak lipas. Patut terus report kkm je. Biar melingkup sebulan xde gaji.. Ni diskaun rm 10 nmpk sgt pengotor lg berkira.. Choii