Kredit foto - Metro.co.uk
Lumrah wanita mesti nak nampak cantik untuk lebih yakin. Jadi bila bergaya, mesti 'match' dari hujung rambut ke hujung kaki. Warna tudung, baju, beg termasuk kasut mesti sepadan.
Hal sama juga mengenai seorang lelaki bernama Steve Montgomery dari San Antonio, Texas, Amerika Syarikat yang sangat gemar memadankan topeng muka agar sentiasa sedondon dengan tali leher. Rare kan!
Kredit foto: Twitter @ki_eeks
Gambar Steve dikongsikan anak perempuannya melalui Twitter yang agak kurang senang dengan gaya baru ayahnya. Namun, netizen kagum dengan semangat Steve yang sentiasa memadankan warna topeng muka dan tali lehernya setiap hari seperti dilaporkan Metro.co.uk.
Untuk info, Steve menghasilkan topeng muka daripada pocket square yang disertakan dengan tali leher dibelinya.
Kredit foto: Gambar Hiasan - Google
Menarik, kan! Yalah, selalunya golongan lelaki dikatakan tidak berapa menitikberatkan gaya mahupun padanan ketika memilih pakaian.
Namun, Steve membuktikan sebaliknya. - CARI |