CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16458|Reply: 95

Usop Sentap Dilabel Penyanyi Kampung?

[Copy link]
Post time 18-8-2020 01:36 PM | Show all posts |Read mode
Usop,22 tak pernah patah semangat walaupun dilabel sebagai penyanyi kampun dan tiada rupa paras


Naib juara program Mentor Milenia 2017 itu bangkit mebuktikan bakatnya dengan menyertai Big Stage 2020.


  



"Jangan menilai saya dari segi rupa paras, sebaliknya lihatlah bakat. Ada sesetengah netizen beranggapan saya penyanyi kampung. Kenapa, penyanyi kampung tidak boleh berjaya ke?

"Saya mahu membuktikan saya bukanlah 'kekampungan' sangat. Dengan menyertai program Big Stage 2020, saya mahu orang menilai saya bukanlah penyanyi biasa-biasa.

"Diakui, rezeki saya kurang menyerlah disebabkan tiada rupa paras, tetapi saya mahu membuktikan semua ini bukan halangan menerusi pentas Big Stage 2020," katanya kepada BH Online.


  



  



Dalam masa yang sama Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhd Noor tidaklah menyimpan harapan bergelar juara Big Stage 2020.


"Cuma saya berpegang prinsip buatlah sebaik mungkin. Apatah lagi, ramai yang rindu mahu lihat saya bertanding, jadi inilah masanya.

"Saya akui, undangan persembahan tidak banyak disebabkan pandemik COVID-19, jadi mengapa tidak menggunakan peluang ini untuk menyerlah," tambahnya.


Foto: IG


Usop juga berkongsi pengalamannya sebelum bergelar penyanyi.


"Sebelum menjadi penyanyi, saya sudah membantu mak berniaga nasi kandar secara kecil-kecilan.

"Dahulu, mak saya ada kedai, tetapi disebabkan hasad dengki orang, dia kini hanya berniaga di depan rumah.

"Saya berharap dapat membantu mak membuka kedai berniaga nasi kandar, suatu hari nanti. Manalah tahu ada rezeki selepas menyertai program ini." -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2020 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mmg rupa & nama kampung so whattt?!!! #sokampung
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2020 01:48 PM | Show all posts
dia ni mmg takleh pegi pun. dah lama sejak zaman mentor tak abis2 gunakan alasan budak kampung. padahal budak kampung bersepah2 jadi handal. dia tetap tak berusaha nak baiki imej ke, belajar confident ke belajar english ke.. ewww
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2020 01:48 PM | Show all posts
tips untuk stand out:

1. Pakai braces dek, luruskan sikit. boleh tanya dr Hafiz since chuols dalam pertandingan yang sama.
2. Dah lurus, pakai veneer untuk cover yang sompek.
3. Masuk gym, invest sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2020 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpe... Kurex sentiasa menyokong bang ucop...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2020 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut letak Nama EUSOFF...Nampak urban sikit noo...polish rambut, dah leh jadi urban dah..Muka hang manehhh apa..syukorr cukup sifat noo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2020 01:54 PM | Show all posts
dah mmg kampung pun kan.. setiap kali kau berckp mesti la nak guna loghat utara tu.. x ke kampung namanya tu???
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2020 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Usop nmpk sejenis hepi2, tp mmg dia sentap dilabel kampung, bukn dia je sesape pon akn sentap sbb label tu mmg tujuan downgrade org lain
Memandangkn sifat keji org yg suka label2 ni xblh diubah, so usop buat dek je la.. Mcm nana,yg acah urban tu ade ke ramai peminat mcm dia
Even siti pon ada dilabel begitu tp smpi sekarang dia ttp no 1

So usop buat dek je xyah buat stemnt psl kg2 ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2020 02:03 PM | Show all posts
YomiuriLandMae replied at 18-8-2020 05:54 AM
dah mmg kampung pun kan.. setiap kali kau berckp mesti la nak guna loghat utara tu.. x ke kampung na ...

eh hello, anak ikan meols di IG @zafirkaripap tu pun cakap loghat utara yach.. namun heols harum semerbak..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2020 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tau dia ni naibbjuara jer mentor tu, tp dia sorang je yg aku kenal dr banyak2 musim mentor ke berapa entah.....black hanipah x kira la, sbb mentor pertama vibe dia lain......so, yg juaranya sapa?? Lagi sendu dari usop ni kah??

Utk tak ot, hang pon kena la buat perubahan sikit usop oiii....overhaul sikit diri tu bagi kemas, walopon x nak pakai braces tp buat jugak la treatment gigi bg cantik.......muka tu jangan berlemoih sangat, walo tak putih bagi la nmpak segar sikit dik.....ramai jer pelakon muka gelap tp segak bergaya, baru la ramai pandang....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2020 02:05 PM | Show all posts
Chuols dengan Amir Masdi share script yang sama ker?
Tapi tak sangka yer umur heols baru 22.
Tanjat iols.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2020 02:11 PM | Show all posts
Themilo replied at 18-8-2020 02:03 PM
eh hello, anak ikan meols di IG @zafirkaripap tu pun cakap loghat utara yach.. namun heols harum s ...

aiyoo sape plak tu chuolsss..

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2020 02:12 PM | Show all posts
Themilo replied at 18-8-2020 02:03 PM
eh hello, anak ikan meols di IG @zafirkaripap tu pun cakap loghat utara yach.. namun heols harum s ...

owh okay dah try stalk.. but again aiyoo sape plak tu chuols.. instafemes kah?

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2020 02:14 PM | Show all posts
YomiuriLandMae replied at 18-8-2020 06:12 AM
owh okay dah try stalk.. but again aiyoo sape plak tu chuols.. instafemes kah?

of course la instafemes loghat utara, tapi tetap harum di mata meols..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2020 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama dan rupa pon dibawak macam kampungan dekkk... Wat du yu espek... {:run{:run{:run
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2020 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Cukup2la kekampungan yg ada pada diva nombor 1 negara.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2020 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpyh nk sentap sgt lah... Ct nana lex2 je org label kampung ke leman ke..kalau kerja bagus, perangai pun semenggah,  Insya'Allah laku jugak
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2020 02:41 PM | Show all posts
Kena ambil Siti Nurhaliza sebagai contoh, masa awal2 jadi artis dulu pun dilabelkan artis kampung tapi dia tak bidas balik pun. Akhirnya berjaya sampai sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2020 02:41 PM | Show all posts
Kne usaha laa upgarde skit, invest tuk diri.
Contoh dekat Jihan, meletup lepas invest skit.
X suruh pn cucuk2 bagai tu tp cuba la groom kan diri.
My opinion lah, since dah masuk dlm industri ni
Klo x, mai join iols kje kilang ni. Hauk pn janji kje jln. Hi3
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2020 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak poyo lagi2 bila dia tahu ramai support dia
Yek sama je dgn anak jamal tu nampak poyo sebab nama bapak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.076230 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list