CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1387|Reply: 2

Mahkamah Perintah Pavithra Hantar Surat Rasmi Tarik Balik Tuduhan Terhadap Sugu

[Copy link]
Post time 17-8-2020 01:17 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah memerintahkan S Pavithra menghantar surat rasmi bagi menarik balik pertuduhan terhadap suaminya, M Sugu, 29, berhubung kes pukul, baru-baru ini.


Memetik Sinar Harian, Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh, Hakim Norashima Khalid membuat keputusan itu pada sebutan semula kes pasangan YouTuber masakan berkenaan.




Kredit foto: YouTube/Sinar




Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd Radzi sebelum ini memaklumkan mahakamah bahawa Pavithra, 28, mahu menarik balik kes berkenaan dan mahkamah hari ini menetapkan 8 September sebagai tarikh sebutan semula kes.


Sugu sebelum ini didakwa mendatangkan kecederaan di bibir, pipi kiri dan lengan kanan isterinya menggunakan telefon bimbit dan hulu sabit di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sekitar jam 4 pada 21 Julai lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.


Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun serta sebatan.  - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2020 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde ke mana2 forummer yg berada di tempat kejadian? Maybe blh bagi their own perspektif psl kes ni.. ni mesti sbb pihak spetal yg dorong pavi buat ripot sbb dh melibatkan keselamatan org lain
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2020 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dia nak tarik balik patutnya kenakan pula charge biat repot palsu ke apa. Ingat main2 ke buat repot polis? Dah cedera tahap tu pun masih nak lindungi suami.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.586974 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list