Hari bahagia cara Dishan. Raja sehari dari Sri Lanka, Dishan Thilakshana dan pasangannya menggunakan momen indah perkahwinan mereka dengan menghulurkan makanan buat gelandangan.
Menerusi gambar yang dikongsi melalui hantaran Facebook, sambil mengenakan busana pengantin mereka mengagihkan makanan sambil beramah mesra dengan golongan kurang bernasib baik itu.
Kredit foto: Facebook Dishan Thilakshana
Menurut Dishan, dia mendapat idea ini apabila seumur hidupnya dia tidak pernah melihat ada pengantin yang melakukan perkara sebegini.
<strike></strike>
Kredit foto: Facebook Dishan Thilakshana
Tindakan mereka ini telah menarik perhatian warganet yang memuji tindakan mulia Dishan Thilakshana dan isteri kerana berkongsi hari bahagia mereka dengan cara unik dan menyentuh hati.
Semestinya idea mereka ini menjadi inspirasi kepada pasangan lain. Tiada apa yang lebih mulia apabila memulakan kehidupan baru dengan berkongsi rezeki bersama insan yang kurang bernasib baik.
Kredit foto: Facebook Dishan Thilakshana
Pastinya, pasangan mempelai ini meraikan hari istimewa mereka dengan satu momen penuh bermakna yang boleh dikenang sehingga ke akhir usia. - CARI |