|
Ustazah Asma Harun menerusi Instagramnya meluahkan rasa terharu dapat bertemu Fathia Latiff dalam satu ceramahnya, baru-baru ini.
Kongsinya detik pertemuan mereka itu, Fathia meminta Asma mendoakanyya menjadi orang baik selain berterima kasih atas ilmu disampaikan.
Kredit foto: IG Fathia
Menurutnya, Fathia juga berasa teruja dapat bertemy dengannya
"Rasa nak peluk je, tak semena-mena kami mengalirkan air mata," tulisnya.
Panjang juga pesanan dititipkannya buat Fathia hingga mereka mengalirkan air mata.
"Fathiya, ustazah doakan kamu istiqamah, terus kuat dan tabah, menjadi wanita yang solehah, berjaya dalam perniagaan dan apa jua yang kamu buat.. Juga dikurniakan suami yang soleh.
"Ustazah sayang kamu dik, jaga diri baik-baik. Kamu ni baik dan cantik, terima kasih ya datang daripada jauh. Terima kasih sudi tunggu walau lama, rezeki ustazah dapat jumpa Fathia," katanya. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|