Seorang doktor didakwa membunuh lebih daripada 50 pemandu teksi dan membuang mayat mangsanya untuk dimakan buaya.
Devender Sharma dari India bersama rakan-rakannya juga turut menjual teksi mangsa untuk mengaut keuntungan.
India Today melaporkan, Sharma mungkin bertanggungjawab terhadap 100 pembunuhan.
Devender Sharma (dalam bulatan), Foto: India Today
Doktor berusia 62 tahun itu dipercayai berkait dengan sindiket yang melakukan pemindahan buah pinggang secara haram pada awal tahun 2000.
Sharma juga mengaku menjalankan 125 prosedur dan memperolehi keuntungan sebanyak £ 7,000 (RM38,264.96) setiap kali pemindahan buah pinggang dilakukan. -CARI |