Kecewa sungguh pelakon Amerul Affendi apabila isu masalah tekanan air rendah masih berlanjutan di kawasan perumahannya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Kredit foto: IG Amerul
Menerusi hantaran di Twitternya, Amerul mendakwa masalah sama berterusan walaupun kakitangan Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) datang menukar paip di hadapan rumahnya.
"Memanglah paip rumah orang sebelah okey sebab dia pakai water pump. Jadi, kalau orang yang tak berkemampuan memang kena terima sajalah keadaan ni.
"Kalau beginilah keadaanya, memang negara ini untuk orang yang berkemampuan sajalah. Yang tidak, sila meninggal?! Begitu?" luahnya kesal.
Kredit foto: Twitter
Justeru, Amerul memohon Anggota Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mengambil perhatian mengenai isu itu. - CARI |