Susulan kontroversi menyiarkan gambar anak mangsa pembunuhan di laman Instagramnya, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff sekali lagi dikritik.
Kali ini kerana didakwa menunjuk-nunjuk dengan pemakaian selendang berjenama mewah ketika diwawancara dalam satu program televisyen.
Hal ini membangkitkan kemarahan golongan marhein yang masih tidak berpuas hati dengan isu tersebut. Sementelah lagi apabila mendapat tahu ahli parlimen yang bersidang dijamu dengan udang galah berharga RM2,000 menyimbah lagi minyak ke atas api yang sedang membara. Dalam masa sama, ramai lagi yang dibelenggu kemiskinan hanya mampu menjadi pemerhati.
Kredit foto : Twitter
Rata-rata warganet berpendapat bahawa ahli politik di Malaysia memang suka menunjuk-nunjuk kemewahan mereka sama ada secara sengaja atau pun tidak.
Bukan sekadar selendang berjenama, kereta Mercedes, jam tangan Richard Mille, baju berjenama hatta hiasan rumah sekalipun mendatangkan tanda tanya dalam kalangan warga negara.
Kredit foto : Twitter
Menu udang galah RM2,000 sekilogram untuk ahli parlimen - Mstar
Bagaimanapun, agak melucukan apabila ramai pula yang cuba meneka selendang tersebut dibeli di mana sehingga ada yang menyatakan ianya adalah produk tiruan kerana jenama tersebut tidak mengeluarkan produk seperti itu.
Kredit foto : Twitter
Menerusi pemerhatian penulis, ada sehelai selendang berharga RM2,550 menyamai yang dipakai oleh Siti Zailah, cuma ada perbezaan warna sahaja, tetapi ia mungkin disebabkan pencahayaan dan sebagainya.
Kredit foto : Laman web LV
Begitulah, para menteri dan wakil rakyat bekerja untuk rakyat. Jadi, sebaik-baiknya fokus kepada membantu rakyat dan bukannya menyakitkan hati rakyat. - CARI
|