CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3532|Reply: 31

Ada YouTuber sanggup buat prank demi jumlah view, subscriber. YouTuber prank dag

[Copy link]
Post time 3-8-2020 03:00 PM | Show all posts |Read mode
YouTuber ditahan selepas 'prank' wanita dengan daging korban
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | | 3 Ogos 2020


PALEMBANG - YouTuber dari Palembang, Sumatera Selatan, Edo Putra ditahan kerana memberi sampah kepada orang ramai yang mempercayainya sebagai daging korban sempena Aidiladha.

Edo ditahan Unit Siasatan Jenayah Polis Palembang selepas memuat naik video berkenaan di saluran Youtubenya, Edo Putra Official dan kemudian tular di laman sosial, lapor Kompas.

Ketua Komisioner Polis Palembang, Anom Setiyadji mengesahkan penahanan tersebut semalam.

Bagaimanapun, Anom belum dapat menjelaskan secara terperinci lokasi penangkapan dan motif pelaku kerana kes masih dalam siasatan.

Sebelum itu, Edo merakam video melakukan 'prank' dan memuat naik di saluran YouTube dengan tajuk 'Prank bagi daging kepada emak-emak isinya sampah'.

Video berdurasi 11 minit 56 saat menunjukkan dia mengedarkan beg plastik kepada dua wanita yang percaya ia berisi daging korban.

Kedua-dua wanita itu kelihatan gembira dan bersyukur dengan pemberian yang diberikan tetapi wanita itu kecewa selepas melihat isinya hanya sampah.

Selepas melihat reaksi wanita berkenaan, Edo memohon maaf dan memberi wang RP 500,000 (RM145) kepada mereka.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2020 03:26 PM | Show all posts
Kita dok kutuk2 youtuber kita, tak tau youtuber negara lain lagi dahsyat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 03:28 PM | Show all posts
INDON dan KEBODOHAN dah seiring...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh x serik2 lg ke indon ni??haritu prank barang mknn pdhal sampah....ha elok la ko same2 jd sampah,nak sangat kan mencapub....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2020 03:35 PM | Show all posts
YouTube bayar ikut jumlah view dan hours
kalau netizen cuma tgk sekejap shj, kemudian skip video
YouTuber tak dpt apa2 sebab tgk tak habis video tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 03:43 PM | Show all posts
Buruknya perangai demi like
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2020 04:42 PM | Show all posts
sebelum budaya youtuber ni pun ai tak penah bekenan hal prank2 orang nie  
dulu2 pun ada radio/tv show goca lah, kena beb ,..mcm2 lagi.
sudahnya pengacara tu yg gelak lebih kalah penonton ..ke gelak record
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
siputpepel replied at 3-8-2020 03:26 PM
Kita dok kutuk2 youtuber kita, tak tau youtuber negara lain lagi dahsyat.


Masalahnya mende2 mengarut gini.. cepat jah youtuber lokal ni nak ikut.. sama jah mcm segala mcm bahasa indon yg bbnu lokal ni gi cedok.. anjir la .. tercyduk.. gais gais gais kehulu kehilir.. rengsa telinga aku dgr bahasa caprut nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2020 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 3-8-2020 03:35 PM
YouTube bayar ikut jumlah view dan hours
kalau netizen cuma tgk sekejap shj, kemudian skip video
Y ...

Patut youtube sekat jah video3 prank.. social experiment bodoh2 camnih.. baru kurang sikit manusia tunjuk  bodoh semata2 kemaruk viewers n duit
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
damsel_fiji replied at 3-8-2020 04:49 PM
Patut youtube sekat jah video3 prank.. social experiment bodoh2 camnih.. baru kurang sikit manusia ...

ai ada cdgn bongok. Kita haramkan aja youtube kat malaysia ni....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 05:31 PM | Show all posts
R2D2 replied at 3-8-2020 03:35 PM
YouTube bayar ikut jumlah view dan hours
kalau netizen cuma tgk sekejap shj, kemudian skip video
Y ...

minimum kena tengok 3 minit yang pertama khuens...kalau 2.99 minit tak kira katanya
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 05:46 PM | Show all posts
lahanat
benam je dalam tapak pelupusan sampah
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
prank = april fool. Cuma dibuat pada hari selain 1 April..

mmg sgt tak bermoral
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 08:01 PM | Show all posts
Kerexxx replied at 3-8-2020 05:23 PM
ai ada cdgn bongok. Kita haramkan aja youtube kat malaysia ni....

sayang plak nak haramkan terus..byk je benda bermanfaat kt youtube tu..time pkp aritu nasib la ada youtube bleh jg bbudak sekolah yg ada access internet blajar sendiri kat rumah guna video2 tutorial mcm khan academy bagai tuh
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka tgk youtube tp jenis2 prank camni bkn pilihan aku...xberkenan
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerexxx replied at 3-8-2020 05:23 PM
ai ada cdgn bongok. Kita haramkan aja youtube kat malaysia ni....

Hahaha...mmg bongok!
Kat situ byk tutorial berguna tau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2020 09:37 PM | Show all posts
YouTube ada byk yg bermanafaat
ko boleh belajar apa2 perkara dari A-Z
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2020 08:20 AM | Show all posts
Sehingga kini, video berkenaan meraih lebih 781,000 tontonan dengan 154,000 tanda tidak suka.

Rata-ratanya mengecam perbuatan Edo serta rakannya yang disifatkan keterlaluan kerana dilakukan ketika sambutan Aidiladha.

Susulan kejadian, Edo dan rakannya ditahan pihak berkuasa.

Penahanan mereka disahkan oleh Ketua Polis Palembang , Anom Setiyadji.

Sebelum ini, seorang YouTuber dari lndonesia, Ferdian Paleka turut ditahan polis negara itu kerana melakukan prank memberi bungkusan berisi tauge busuk dan batu kepada gelandangan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 04:55 PM | Show all posts

Disangka Daging Korban, YouTuber Beri Bungkusan Sampah Pada Makcik

Tergamak buat prank beri plastik sampah yang kononnya berisi daging korban!


To=indakan YouTuber dari Palembang, Sumatera Selatan itu mengundang kemarahan ramai pihak.


Kompas melaporkan YouTuber yang dikenali dengan nama Edo Putra itu memberikan plastik berisi sampah itu kepda dua wanita,


Video yang dimuat naik itu bertajuk Prank Bagi-Bagi Daging ke Emak-Emak Berisi Sampah.


Edo (berbaju kuning)


Dalam rakaman berdurasi 11 minit 57 saat itu, Edo dilihat mengagihkan bungkusan plastik.


Mangsa pada mulanya kelihatan gembira namun terkejut dengan kandungannya.


Kemudian Edo datang kembali dan meminta maaf sebelum menyerahkan  500,000 Rupiah (kira-kira RM144) kepada mereka untuk membeli daging.


Bagaimanapun perbuatan tersebut disifatkan sebagai keterlaluan kerana dilakukan ketika sambuatan Aidiladha.


Susulan itu, Edo dan rakannya ditahan pihak berkuasa.-CARI
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2020 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib la hujung2 tu kau bagi duit..tp kesian betol lah prank bg harapan ni {:cryrun
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.414815 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list