Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Dr Erin menitip pesanan buat kaum hawa supaya tidak terlalu membangga diri atas pegorbanan sebagai isteri dalam rumah tangga.
Kredit foto: IG
Bekas isteri pendakwah bebas kontroversi Da’i Farhan menerusi kemas kini di Instagram sebaliknya menegaskan bahawa suami atau isteri ada pengorbanan masing-masing.
Erin juga mengambil kesempatan memberi nasihat kepada warga maya supaya tidak ikut masuk campur dalam masalah rumah tangga dihadapi orang lain.
"Suami isteri bergaduh paling lama lama enam bulan je. Ada yang dah rujuk balik dah pun, tapi netizen yang dik maki hamun kutuk sampai lebam tu bawa dosa sampai ke liang lahad," tulisnya.