Musim perayaan memang kebanyakan barang bakeri habis, semuanya gara-gara nak membuat kek sendiri.
Bagaimanapun, bagi mereka yang kreatif, ada sahaja cara untuk membuat sendiri bahan asas seperti cream cheese perkongsian pengguna Facebook, Halawiah SD yang menggunakan tiga bahan saja.
Foto :Fb
Foto : Served from scratch
Bahan-bahan
- 1liter susu segar/susu full cream/susu tinggi lemak
- 3 sudu besar perahan lemon/cuka
- Sehelai kain putih untuk memerah.
Cara membuatnya
1) Masak susu dengan api perlahan (tak perlu mendidih, sekadar nampak buih2 halus).
Foto : Served from scratch
2) Masukkan cuka sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali hingga cuka habis. Kacau perlahan hingga susu dan air terasing. Tutup api.
Foto : Served from scratch
3) Tapis susu tadi dengan kain putih, biarkan 15 minit atau hingga bancuhan betul-betul kering. Perah bancuhan tadi, masukkan sedikit garam, kisar hingga sebati dan halus. Siap. Boleh disimpan dalam peti sejuk beku.
Foto : FB
Wah! Dah boleh buat sendiri ni, lebih mudah dan menjimatkan, lah. Anda yang suka 'baking' boleh cuba buat nanti. - CARI |