CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3966|Reply: 24

Lagi berita pasal bapa tiri. Dera isteri, rogol anak tiri. Akhir cerita kena tik

[Copy link]
Post time 31-7-2020 07:30 PM | Show all posts |Read mode
Tidak tahan adik dirogol, ibu didera, remaja tikam bapa tiri
Agensi | Diterjemahkan oleh: Umavathi Ramayah
Diterbitkan pada Julai 31, 2020 18:45 +08

JAKARTA: Tidak tahan melihat adik perempuannya dijadikan pemuas nafsu bapa tiri, seorang remaja bertindak menikam lelaki itu sehingga mati di Musirawas, Selatan Sumatera.

Kompas melaporkan, dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang Khamis, suspek bertindak menikam dada mangsa menggunakan senjata tajam beberapa kali sehingga mati sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, suspek lelaki berusia 18 tahun itu tampil menyerah diri di Balai Polis Muara Lakitan, Musirawas, tidak lama kemudian.

Difahamkan, suspek turut berang kerana mangsa dikatakan kerap mendera ibu mereka.

Berdasarkan keterangan, suspek memberitahu, kejadian dipercayai berlaku ketika dia menemani ibu ke balai polis untuk membuat laporan mengenai keganasan bapa tirinya itu.

Bagaimanapun, kereta mereka kemudian dihalang oleh mangsa menyebabkan suspek tidak dapat mengawal kemarahan dan bertindak menikam dada serta kaki lelaki itu.

Polis turut merampas pisau yang digunakan suspek dalam kejadian berkenaan sebagai bahan bukti.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2020 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya, patutnya dia mangsa...harap2 dia terlepas dr hukuman sb pertahankn maruah adik dia dan mak dia...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2020 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau akak jadi hakim, akak lepaskan dia. Kalaulah...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2020 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcmana nk tau cerita sebenar sbb sorang dag meninggal.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2020 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 31-7-2020 08:28 PM
Mcmana nk tau cerita sebenar sbb sorang dag meninggal.....

kalau adik dia kena rogol, kan boleh buat pemeriksaan...lagi2 kalau baru 24jam dari kejadian...

harap2 ada lah bukti adik dia kena rogol tu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2020 08:48 PM | Show all posts
Jantan  sial yang paling terlaknat .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2020 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahat sangat sampai xde la yg nak kesian even kena tikam berkali2 pun
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2020 11:10 PM | Show all posts
wow Hamlet II.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2020 08:59 AM | Show all posts

Dibunuh Anak Tiri Lepas Seksa, Perkosa Anak Bini



Akibat tidak tahan dengan perangai ayah tiri yang sering memukul ibu dan merogol adiknya, seorang remaja, Jef, 18, nekad membunuh ayah tirinya, Johan Saputra, 49.


Kejadian di kota Palembang itu berlaku sehari sebelum rakyat Indonesia menyambut Aidiladha, lapor Tribunews.com.
Kejadian bermula apabila Jef dan ibunya, Suryani, 48, hendak membuat aduan kepada pihak berkuasa. Namun, ianya tidak kesampaian kerana mereka ditahan ditengah jalan oleh Johan.


Gambar hiasan
Foto : Info.com




Perbalahan berlaku antara Johan dengan anak tirinya Jef, di hadapan warung warga desa.


Jef yang beremosi, lantas menikam dada Johan dengan sebilah pisau. Bagaimanapun, Johan masih gagah melarikan diri, namun dikejar anak tirinya itu  sebelum kakinya ditikam sebanyak dua kali dan meninggal dunia di tempat kejadian.


Ketua pihak berkuasa, Iptu M Romi berkata, tertuduh mengakui melakukan pembunuhan itu kerana marah dengan ayah tirinya yang sering menganiayai ibunya.


Lebih membuatkan tertuduh beremosi apabila adik perempuannya dirogol sebanyak dua kali oleh mangsa, menjadikan kemarahan terhadap lelaki berhati binatang itu memuncak.



Foto:Tribunews.com




Aduhai, gelap sudah masa depan seorang remaja yang mahu mempertahankan maruah keluarganya. Setakat ini, Jef belum disabitkan dengan mana-mana akta lagi. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2020 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa banyak nk tepek berita yang sama duhai cik wartawan CARI......
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2020 09:02 AM | Show all posts
Dejavu iols kembali, bukan ke iols dah komen di thread hinnieee
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2020 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Nu cth org mental.. Nk buat, buat terus.. Xde smbang2 hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2020 11:44 AM | Show all posts
Orang kalau dah terlalu marah pasti sanggup sampai membunuh
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2020 11:55 AM | Show all posts
hmm...ngerinya...sian dia, kita baca kisah kisah macam ni, ia mengerikan.
cukuplah tengok gone girl tu - i mmg ngeri.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2020 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kesalahan mcm ni selalunya polis layan dengan baik, masuk penjara pun xkena buli seteruk perogol,
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2020 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahanam betul perangai bapak tiri dia. Nak ckp padan muka mcm jahat sgt tapi nak ckp gak padan muka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2020 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus Jef

Mmg padan muka pak tiri celaka tu
Hero camni kita patut puji dan lepaskan
Kenapa nak hukum budak yg berani jd penyelamat ibu dan adik ppuan dia
Budak yg sangat2 bagus
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2020 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya kalau disabitkan kesalahan membunuh.. Mcm berkorban utk mak n adiknya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg layak mati kelakuan bangsat mcm ni
Takpe dik, apa pun hukuman dunia
Awak seorang yg bermaruah
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 06:55 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 31-7-2020 08:28 PM
Mcmana nk tau cerita sebenar sbb sorang dag meninggal.....
selain seperti ditulis @bloodyamuk



ibu nya pun boleh bagi bukti penderaan ...


Kejadian bermula apabila Jef dan ibunya, Suryani, 48, hendak membuat aduan kepada pihak berkuasa.



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.116389 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list