View: 1418|Reply: 6
|
Ganja Punya Pasal, Pisau Ditelannya
[Copy link]
|
|
Lelaki terpaksa menjalani pembedahan selepas menelan pisau sepanjang 20 sentimeter untuk menghilangkan ketagihan ganja.
Menurut Gulf News seperti dipetik Harian Metro, lelaki berusia 28 tahun dikejarkan ke Hospital Safdarjung di New Delhi selepas mengadu sakit perut.
Gambar hiasan
Doktor segera melakukan pembedahan selepas terkejut melihat imbasan sinar-X menunjukkan pisau di dalam perutnya.
Difahamkan, pembedahan mengeluarkan objek berkenaan dilakukan dengan bantuan sekumpulan doktor di Institut Sains Perubatan All India (AIIMS) pada 19 Julai lalu.
Prof Dr N R Das dari Jabatan Gastroenterologi AIMS berkata, lelaki itu menelan pisau berkenaan untuk menghilangkan ketagihan ganja dan hanya mengalami kesakitan pada bahagian perut selepas lebih sebulan kemudian.
Dalam operasi pembedahan yang mengambil masa tiga jam itu, doktor berdepan cabaran kerana pisau berkenaan hampir mengenai hati pesakit. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mana mungkin leluhur macam ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf i tergelak... Same kisah australian scientist mahu cipta covid detector letak magnet di hidung.... end up magnet masuk lubang hidung tidak boleh keluar |
|
|
|
|
|
|
|
Seriaunya masukkan pisau dalam perut. Mcmn dia bole telan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus lah telan pisau tu. Dapat mati cepat daripada menganja je hidup tu. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi liat pulak tak mati... |
|
|
|
|
|
|
|
Harap kejadian ni bagi pengajaran buatnya untuk berhenti terus dari mengambil dadah |
|
|
|
|
|
|
| |
|