Wanita mengaku melakukan sumbang mahram dengan bapa kandung selepas mereka membunuh teman lelakinya.
Malah, Amanda McClure, 31, kemudian berkahwin dengan bapanya, Larry McClure, 55, lapor Metro.co.uk.
Pada 8 Julai, Amanda mengaku di sebuah mahkamah di Welch bahawa dia mengikat Thomas McGuire, 38, memukul kepalanya dengan botol wain, menyuntik methamphetamine (crystalline), mencekik dan menanam mayat mangsa.
Katanya, dia dan Larry kemudian berkahwin sekitar sebulan selepas melakukan pembunuhan itu.
Dari kiri, Anna Maria Choudhary, Amanda McClure; Atas kanan - Larry McClure, Bawah kanan - Thomas McGuire
Kredit foto: Metro
Wanita itu juga memberikan keterangan terhadap kakaknya, Anna Marie Choudhary, 32, yang turut didakwa terbabit pembunuhan mangsa.
Bapanya turut memberi kenyataan sama dengan mendakwa Amanda sebagai dalang pembunuhan itu.
Mayat McGuire dilaporkan ditemui berhampiran kediaman mereka di Skygusty, Virginia pada September tahun lalu.
Bagaimanapun, penyiasat masih menyiasat motif sebenar mereka membunuh McGuire. - CARI |