Seorang suami ditahan polis selepas membunuh isterinya di rumah percutian mereka di perancis.
Billy Kruger dan isterinya Laure Bardina-Kruger, 52, dipercayai bertengkar sebelum bertindak menikamnnya dua kali menggunakan pisau.
AFP melaporkan, kedua-duanya menetap di Jakarta di mana lelaki warganegara Amerika Syarikat itu bekerja sebagai jurulatih selam skuba, sementara isterinya pula adalah seorang guru.
Laure Bardia, Foto: Facebook
Kruger telah membuang mayat isterinya ke dalam parit di kawasan kampung di Peyricar-de-Mer.
Difahamkan sebelum kejadian, ayahnya mengesyaki sesuatu yang pelik kerana pasangan itu tidak mengucapkan selamat tinggal sebelum berlepas ke Jakarta.
Media tempatan melaporkan, lelaki berkenaan kini ditahan sementara menunggu perbicaraan.
Pasangan itu sudah berkahwin selama 26 tahun. -CARI |