Kecoh semalam melihat situasi ratusan penyokong Datuk Seri Najib Razak berhimpun di luar mahkamah.
Mana tidaknya, mereka seolah-olah lupa kita masih belum bebas Covid-19 dengan menghiraukan prosedur operasi standard (SOP).
Situasi ini mencetuskan kebimbangan ramai termasuk golongan selebriti hingga menggelarnya dengan tanda pagar #klusternajib di media sosial.
Antara yang menyuarakan kebimbangan berhubung isu ini termasuk penerbit dan pengarah, Datuk Hans Isaac serta Michael Ang.
Hans mengharapkan semua yang menghadiri perhimpunan itu selamat dari jangkitan kerana rakyat Malaysia tidak sanggup lagi berdepan lockdown buat kali kedua.
Malah, Mike turut mengecam tindakan polis yang disifatkannya lambat bertindak.
Kredit foto: IG Hans & Mike
"Kerajaan dah cakap kalau kes naik, MCO akan ada balik.
"Kerajaan dan polis pun satu, dah tahu mesti banyak orang akan muncul. Sepatutnya awal-awal dah buat peraturan yang orang awam tak boleh berada kat mahkamah dan berhimpun macam ni! Apooooo la!" tulisnya di Instagram. - CARI |