"Tak hensem takpa, janji kaya."
Tagline ini saban hari disiarkan di beberapa stesen radio sehingga ramai sudah menghafalnya dan dalam masa sama, turut jemu mendengarnya.
Iklan mengenai pelaburan saham yang menguntungkan dengan membandingkan kerja makan gaji yang berhadapan dengan kesesakan jalan raya dan sebagainya mengumpan sesetengah individu untuk mendengarnya.
Antaranya ialah seorang pengguna Facebook yang mendedahkan bahawa modus operandi D**K adalah tidak segah iklannya. Status tersebut banyak mendedahkan sisi yang kita tidak ketahui dan mendapat respons pelbagai pihak.
Kredit foto :FB
Menurut Adil, sesi percuma itu hanya membuang masa kerana dua jam pertama dihabiskan untuk memuji-muji penceramah semata-mata. Kemudian, barulah diajar beberapa asas saham.
Ayat seperti "Jam saya tengah pakai ni Tag Heuer, hari tu Panerai," dan "Saya advisor orang terkaya di Malaysia" adalah untuk meyakinkan mereka yang mendengarnya, tetapi ia berbunyi angkuh.
Lebih penting, isi utamanya adalah untuk mengajak lebih ramai individu bermain saham dengan belajar intensif selama beberapa hari dengannya untuk mengubah hidup. Bagaimanapun, apa yang dikesali adalah kata-kata;
"Saya perlukan 500 orang untuk masuk kelas khas saya, 6 hari 4 malam. Saya cadangkan tuan ambil MC. Kalau tak boleh ponteng, biar bergadai. Bila dah pandai nanti, pecat je bos korang. Kalau tak ada duit, pinjam dengan along. Along berapa sen je bayar. Takde duit pinjam ALONG."
Kredit foto : FB
Ayat sebegini adalah sangat bahaya dan mungkin ada yang akan terpengaruh kerana mahu jadi cepat kaya. Kelas yang berharga antara RM2,797 sehingga RM6,797 ini dianggap sebagai 'pelaburan' untuk kekayaan akan datang. Warganet turut memberikan pendapat mereka.
Kredit foto : FB
Kredit foto : FB
Jadi, betul ke main saham yang buatkan 'beliau' kaya atau jual air liur yang jadi kaya sebegini? - CARI
|