Edited by trunks at 23-7-2020 06:08 PM
HUBUNGAN mesra pelakon yang juga ahli perniagaan, Fizo Omar dengan pelakon Azar Azmi terus menjadi persoalan dalam kalangan peminat mereka. Apatah lagi, selepas memuat naik kapsyen 'my life partner' di Instagram pada 15 Jun lalu, terbaharu Azar sekali lagi memuat naik kenyataan penuh makna sempena sambutan hari jadi Fizo yang ke-35, kelmarin. Apa yang menarik, dalam keterangan itu juga Azar meletakan emoji 'love' (hati) seolah-olah ingin memberitahu kepada peminat mereka kini di alam percintaan "Happy belated birthday Fizo Omar. Berbaloi untuk semua 'Tsunami' dan huru hara untuk awak. Sekarang, awak boleh hubungi ambulan untuk mengangkat awak #dendamterbalas.
"Simpan semua ini dalam 'box' dan pastikan ia selamat. Suatu hari bila awak membukanya dengan selamat, awak akan tersenyum dengan semua kenangan #love (emoji hati) "Saya memberi peluang kepada orang lain untuk meraikan awak sebab saya mahu jadi yang terakhir untuk awak" tulisnya. Sementara itu, Fizo pula mengucapkan terima kasih kepada semua yang terbabit dalam membuat kejutan hari jadinya. "Allahu! Saya tak tahu macam mana nak ucapkan terima kasih untuk kejutan yang sangat berharga ini. Ia sangat menyentuh hati saya. Ini menjadi sambutan hari jadi terbaik yang pernah saya dapat,' katanya.
|