CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Xim

'Baik Buruk Dia Tetap Ayah Kami' -Anak-Anak To'ki

  [Copy link]
Post time 22-7-2020 09:45 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 21-7-2020 07:11 PM
Cer Klu x viral
Agk2 nk ke jumpa

btl tu. kalau x viral, ade ke sesi perjumpaan bagai ni?

aku tak la pertikaikan niat murni sape2 baik bapak baik anak. cuma aku rse kalau bukan sb viral, lantak ko lah duk mana pun aku x kisah sb selama ni x penah dulik pun kat depa adik beradik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2020 10:06 AM | Show all posts
Edited by haryatie at 22-7-2020 10:19 AM

memang la...baik buruk ttp ayah
nak beria mcm xde apa2 tu bukan senang kut
kena pulak sejarah lama byk yg buruk dr baik
rsa luka, tercalar kt hati tu ttp ada
bukan senang nak lupa
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
I suka penyanyi 'muka buku' tu dulu. Ayahnya kata macam2, dia diam je. Baik diam kalaunitu lebih membawa kebaikan. Lecturer Kan dia sekarang.
Anak2 to'ki patut contohi Najwa. Biarlah apa orang nak kata, mereka bukan kita. Makan minum Kita pun bukan mereka tanggung, biaq pi lah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 11:29 AM | Show all posts
toki patut malu tengok ...bagus budi pekerti exwife jaga anak
pasal anak2 ...masyarakat jgnlah paksa2, diorang pun dah terluka bertahun
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian, anak2 pulak yg dipersalahkan org ramai..ntah ke  bapak nya mmg perangai hauk to the max, sbb tu anak2 prefer menjauhkan diri..anak2 just xmo rapat2 sbb takut kene berdepan dgn masalah2 yg bapak akan create kot..org luar suka salahkan anak2 first marriage kalu apa2 kan..sbb iols pun camtu..bapak kawen lain,ceraikan my mom..pastu dpt anak2 dgn mak tiri iols..tapi kitorg baik je dari dulu..takde gaduh apa..ayah iols keje ok,takde la spesis toki ni..even kami adik beradik mmg baik dgn mak tiri n adik2 baru ni..adik2 pun dah besar2 belaka..tapi org xtau apa2 ada yg dok ingat kitorg bermusuh pulak..sbb makbapak diorg x bercerai agaknya..tu yg dok ingat asal bercerai je kene bermusuh..ada yg dok x dok bagi nasihat itu ini kat kitorg yg anak2 dari previous marriage ni...eh,eh memandai je org2 camni..pdhal weols xde gaduh apa pun..rapat pulak tu..selalu je kitorg balik umah ayah tu mcm balik kampung..pastu pulak, kalu ada yg tau kitorg rapat, ada pulak yg heran..antara soalan paling I meluat, kalu org tanya kat kitorg, korang baik tak dengan adik2 belah sana? Wtf sangattt..ingat semua org jenis hidup nak bermusuh je ke..so,dalam hal ni, i mmg simpati la dengan anak2 toki dari first wife ni..kena judge dgn org luar pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
MontanaHannah replied at 21-7-2020 05:19 PM
Memalukan dan melukakan.

Janganlah kita nak berdrama sangat.

Revenge is sweet
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2020 12:28 PM | Show all posts

Dia Tetap Ayah Saya - Nasihat Netizen Satukan To'ki Dan Anak-anaknya

"Alhamdulillah, berkat nasihat yang baik dan doa orang ramai, saya bertemu dengan ayah selepas empat tahun tidak berjumpa. Hubungan kami sekarang baik-baik sahaja, malah jujurnya, saya gembira hingga menitiskan air mata.

"Sememangnya setiap apa yang terjadi, ada hikmahnya. Disebabkan kisah tular, saya dapat berjumpa ayah," demikian kata anak kepada penyanyi dan komposer terkenal era 90-an, To'ki iaitu Noor Hidayah yang terpanggil bertemu bapanya selepas membaca nasihat netizen.




Kredit foto: Berita Harian & Suara Merdeka



Memetik laporan Berita Harian, Noor Hidayah, 27, atau mesra dengan sapaan Yaya berkata, mereka bertemu pada Jumaat lalu selepas kali terakhir bertemu ayahnya kira-kira empat tahun lalu.


"Jujurnya, saya gembira. Bukan kami sahaja, malah ayah juga kelihatan gembira dapat bersatu semula dengan anak, cucu dan menantu," kata ibu kepada dua anak lelaki itu.


"Terima kasih kepada semua pihak yang membantu ayah. Melihat ayah bahagia bersama isterinya sekarang, kami juga gembira. Isterinya baik, melayan kami seperti keluarga sendiri ketika kami ke rumahnya," katanya lagi.


Terdahulu, Yaya mendakwa kali terakhir bertemu bapanya kira-kira empat tahun lalu ketika melangsungkan perkahwinan.


Yaya mengeluarkan dakwaan selepas kisah kehidupan To'ki, 53, dan isterinya, Sharifah Fairuz, 48, yang tinggal dalam pondok di pinggir hutan di Batu 12, Gombak, tular, beberapa minggu lalu.


Untuk rekod, To'ki memiliki lima cahaya mata hasil perkahwinan pertama. Anak sulungnya, Mohd Hafizi, 28, diikuti Noor Hidayah, 27, Noor Husna, 22, Noor Aishah, 21 dan Mohd Hairi Hanis, 18.


Menerusi perkahwinan kedua bersama Nik Aida Mustapha dikurniakan Nur Nilam Qaseh.


Bak kata Yaya sendiri, "Walaupun macam mana pusingnya dunia, dia tetap ayah saya. Tiada apa yang dapat mengubah hakikat itu."

Baguslah. Buang yang keruh ambil yang jernih. Semoga hubungan Yaya dan adik beradiknya yang lain dengan To'ki kembali pulih.  - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 21-7-2020 08:31 PM
Senyum bapak2 yang sedang abaikan anak2 tak bagi nafkah... senyum la sebab kisah Tok Ki ni penguat k ...

Yup. Nanti boleh lah refer tokki sbg contoh. Dan juga guna ayat2 netizen, jgn jd ank derhaka, bpk tetap bpk, tanpa sperm bpk kau, kau tak wujud kat dunia ni. Bla bla..
Makin bercambahla lelaki2 penderma air mani kat muka bumi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2020 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Anaknya pon dpt tekanan dr netizen lah tu.. kang kalau berdendam ckp anak derhaka bla bla.. bapak yg x kesah pasal anak masa kecik wajar dibiarkan je merempat kat hutan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 12:48 PM | Show all posts
Suchi replied at 22-7-2020 07:33 AM
Salahkan si anak sebab selama ni tak usaha cari bapak tu kata dorang.
Sapa yg tinggal sapa kekdah ...

uh..pedih sekali statement ni...
kasihan sang anak
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 01:16 PM | Show all posts
dah kalau depa tak pi jumpa pak depa skrg ni pun, netizen tetap mengata..
pi jumpa pun mengata..
serba salah sungguh lahai..
kes dulu depa x pi jumpa tu pasai geram & marah..
sapa tak marah kalau duduk kat tempat depa kan?
depa manusia ada hati perasaan bukan malaikat..
dan depa pun x sangka pak depa nak viral..
ingat lenyap pi dah..tup-tup nahhhh viral satu malaysia..
sana sini pakat tekan depa mcm2..
nak tak nak, pi jugak la jumpa..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 01:20 PM | Show all posts
mungkin anak2  baik gitu2 je la kot ngan bapaknya..

dalam hati tuhan je la yg tahu…terabai bertahun2 kot
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 01:57 PM | Show all posts
perjumpaan ini hanya sekadar menggembirakan pihak netizan. titik.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 02:27 PM | Show all posts
Netizen juga lebih2 masuk campur hal keluarga orang. Tak ikut kata netizen habis teruk kena kecam nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 02:53 PM | Show all posts
Moga baik2 aje laa To' Ki dgn anak2.
Jgn buat yg mcm dlu2 tuu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang2 buat taik, last2 nk kutip bunga hasil biniknya susah payah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2020 03:09 PM | Show all posts
bagus la kalau boleh maaf memaafkan...
walau acik tak berapa setuju senang senang nak maafkan mak bapak yg tak bertanggungjawab
tapi siapalah kita...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bgus la anak dia, senang memaafkan..
X mudah nk maafkan parents yg skit habuk pon x amek kisah pasal anak2.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 05:21 PM | Show all posts
ujian masing2 la...
kalau mak pak kaya raya pun duduk banglo 4 tingkat tapi anak2 gaduh rebut harta pun tak bahagia jugok
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by imanjannah at 22-7-2020 06:43 PM

tahniah kak long sebab pandai didik anak2 kak long, anak2 nya sangat baik, kak long ibu yang kuat dan hebat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.278699 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list