"Saya tidak menyokong dengan apa yang Sajat buat."
Safiey Illias akui turut terkena tempias kontroversi dicetuskan usahawan Sajat Kamaruzzaman.
Berkata kepada Gempak, dia bagaimanapun tidak menyokong tindakan Sajat yang disifatkannya mempermainkan agama.
Kredit foto: IG Sajat & Safiey
"Jauh di sudut hati saya sebenarnya jangan buat main dengan bab agama dan perkauman kerana isu ini sensitif kepada masyarakat.
"Saya sendiri pergi mengerjakan Umrah dengan berpakaian lelaki. Apa yang Sajat buat memang saya kena tempias juga. Saya tak tahu apa-apa.
"Tapi, saya tak boleh terus mengutuk dia. Saya tak nak masuk campur dengan urusan dia," katanya.
Safiey juga menegaskan dirinya tidak akan mengeruhkan keadaan dengan berpelakuan seperti Sajat, sebaliknya akan berkongsi perkara positif saja.
"Jadi saya hanya akan bercerita tentang diri saya dari sudut positif. Takkan dia tayang buah dada saya nak bogel pulak.
"Saya kena tunjukkan sudut berbeza kepada masyarakat. Ada yang baik juga mengenai mak nyah ini contohnya dari segi kecantikan dan perniagaan," ujarnya.
Sajat yang sememangnya sering berpenampilan seksi menerima kutukan keras apabila semakin berai menayang 'asetnya' di laman sosial hingga menerima teguran daripada beberapa pendakwah bebas. - CARI |