Seorang remaja berdepan dengan tuduhan jenayah serius selepas didakwa menyiat kulit seekor kucing hidup-hidup melalui TikTok.
Krystal Cherika Scott,19 dari Kokomo Indiana ditahan atas dua tuduhan membuat dan menyebarkan video kekejaman terhadap haiwan.
Foto: WTHR
Daily Star melaporkan, gambar dan video mengerikan itu meyaksikan Scott menyeksa dan membunuh kucing serta anjing dengan cara menggantung, menyiat kulit dan pelbagai cara lain.
Difahamkan haiwan-haiwan tersebut diperolehi menerusi dalam talian dari individu yang menawarkan untuk memberikan haiwan peliharaan.
Remaja itu mula membuat posting berkenaan pada 3 Mei 2020 dan berterusan sehingga 8 julai.
Gambar Hiasan, Foto: Insider
Pada 14 Julai, FBI melakukan serbuan dan menemukan beberapa koleksi mengerikan termasuk bahagian badan haiwan, tengkorak kucing dan anjing.
Jika sabit kesalahan, Scott berdepan penjara tujuh tahun, tiga tahun pengawasan selepas pembebasan dan dengan maksimu sehingga AS$250,000 (RM1.O7 juta) -CARI |